Dunia berkembang dengan semakin pesat dalam semua bidang dan industri termasuklah bidang teknologi. Setiap tahun, kita dapat lihat ramai pakar-pakar teknologi dapat menghasilkan pelbagai jenis teknologi yang dapat membantu manusia untuk melakukan kerja-kerja seharian. Contohnya, banyak restoran yang telah menggunakan robot yang digelar ‘robot waiter’ untuk menghantar makanan dan minuman kepada pelanggan. Dengan adanya penggunaan robot di dalam perniagaan, ia dapat meringankan beban para pekerja serta dapat menjimatkan kos kerana hanya beberapa orang pelayan yang diperlukan untuk meletakkan pesanan pelanggan di atas robot tersebut.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN
1) Cloud-Based Collaboration Tools
Cloud-Based Collaboration Tools dapat memudahkan kerja seharian yang dijalankan dalam perniagaan tanpa perlu bersemuka dengan rakan pejabat anda. Sebagai contohnya, Zoom dan Google Meet boleh digunakan untuk berkomunikasi seperti mengadakan perbincangan, mesyuarat serta berjumpa dengan pembekal dan pelanggan. Selain itu, perkongsian dokumen secara atas talian juga dapat membantu memudahkan untuk berkongsi kerja-kerja dengan rakan anda. Aplikasi yang sering digunakan iaitu Google Docs dan Microsoft Teams. Dengan adanya aplikasi seperti ini, pekerja tidak perlu lagi untuk menghantar e-mel atau berkongsi kerja-kerja secara manual kerana ia dapat disiapkan di dalam satu dokumen yang sama.
2) Inventory Management Solution
Inventory Management Solution merupakan satu software di mana ia akan membantu para usahawan dan syarikat untuk memantau stok supaya mereka dapat mengekalkan rantaian bekalan. Dengan adanya aplikasi ini, usahawan dan syarikat tidak akan mengalami masalah kekurangan stok.
3) Customer-Facing Business Apps
Teknologi terkini telah mengubah cara usahawan berkomunikasi dengan pelanggan daripada berkomunikasi secara bersemuka bersama pelanggan. Penggunaan Customer-Facing Business Apps dapat membantu usahawan untuk berkomunikasi dengan para pelanggan secara digital di mana ia hanya menggunakan aplikasi. Terdapat beberapa Customer-Facing Business Apps yang menjadi pilihan para usahawan seperti Freshdesk, SmarterTrack, Vision Helpdesk dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi seperti ini, ia dapat menambah baik cara usahawan dan syarikat berinteraksi dengan pelanggan. Pelanggan juga boleh membuat aduan dan menjalankan survey berkenaan servis yang diterima.