1. GREEN SCREEN ROOM
Green screen room merupakan antara fasiliti yang ditawarkan di TD1303 di mana ia berfungsi sebagai latar belakang produk yang berbentuk digital seperti video mahupun gambar. Green screen digunakan dalam industri fotografi kerana ia dapat membantu bagi memudahkan proses penyuntingan. Green screen room yang terdapat di TD1303 ini dapat memberi kemudahan kepada para usahawan yang ingin menjalankan proses penyuntingan. Bukan itu sahaja, green screen room ini juga boleh digunakan bagi menjalankan Facebook Live atau Zoom Meeting yang memerlukan usahawan menggunakan latar belakang bagi menjadikannya kelihatan lebih profesional.
Selain itu, green screen room ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti kamera, sistem pencahayaan dan sistem sokongan daripada segi teknikal. Semua kemudahan ini adalah termasuk dalam pakej sewaan green screen room dan penyewa tidak akan dikenakan caj tambahan. Green screen room juga lengkap dengan pendingin hawa dan dapat memberi keselesaan kepada para penyewa semasa proses penyuntingan sedang dijalankan. Semua kemudahan yang disediakan oleh pihak TD1303 adalah untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan.
2. DIGITAL LAB
Digital lab adalah satu ruang yang sesuai dijadikan sebagai tempat untuk penganjuran program yang berbentuk seminar dan bengkel. Digital lab kebiasaannya digunakan bagi penganjuran bengkel dan seminar seperti grafik atau photoshop seperti Adobe Illustrator. Komputer berteknologi tinggi disediakan bagi memudahkan proses penyampaian seminar atau bengkel yang memerlukan latihan praktikal untuk para penyewa. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam digital lab termasuklah peralatan siaraya seperti mikrofon tanpa wayar, pembesar suara, projektor, flipchart dan juga internet berkelajuan tinggi.
Seperti ruang-ruang lain, Digital Lab juga dilengkapi dengan pendingin hawa yang dapat memberi keselesaan kepada penyewa semasa menghadiri seminar. Oleh itu, semua kemudahan yang disediakan oleh pihak TD1303 di Digital lab ini dapat membantu semua pihak yang berhasrat untuk menganjurkan sesebuah seminar atau bengkel.
3. MEETING ROOM
Meeting room merupakan ruangan yang sesuai digunakan untuk penganjuran mesyuarat tahunan atau mesyuarat biasa sesebuah syarikat dan organisasi. Meeting room ini agak luas dan memuatkan maksimum 15 orang dalam satu-satu masa. Ia dilengkapi dengan meja dan kerusi yang terlihat lebih profesional dengan imej korporat. Meeting room ini kebiasaannya menjadi pilihan syarikat-syarikat untuk menjalankan mesyuarat syarikat mereka.
Selain itu, meeting room juga dilengkapi dengan pendingin hawa yang akan memberi keselesaan kepada penyewa untuk menjalankan mesyuarat. Bukan itu sahaja, ruangan ini juga menyediakan kemudahan lain seperti peralatan siaraya seperti mikrofon tanpa wayar, pembesar suara, projektor, flipchart dan juga internet berkelajuan tinggi sama seperti di Digital lab. Semua kemudahan yang telah disediakan ini akan dapat membantu syarikat-syarikat untuk menjalankan mesyuarat dalam suasana yang lebih selesa.