1. Menjual barang atau produk sendiri
Ia merupakan salah satu cara yang mudah untuk menjana pendapatan di Shopee. Ini kerana pelbagai jenis produk boleh dijual melalui platform Shopee. Pembeli masa kini lebih gemar menggunakan platform-platform e-dagang bagi membeli barangan keperluan mereka kerana ia lebih mudah. Shopee juga menjadi pilihan para pembeli kerana terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di Shopee. Pembeli juga telah mempunyai kepercayaan dengan Shopee. Dengan hanya satu aplikasi, para pembeli boleh mendapatkan pelbagai barangan yang diperlukan.
2. Dropshipping
Jika anda tidak mempunyai produk sendiri, anda boleh menjana pendapatan di Shopee melalui dropshipping. Dropshipping merupakan salah satu cara yang sangat mudah untuk dijalankan bagi membantu anda menjana pendapatan bulanan. Anda akan menjadi ejen jualan kepada produk atau servis peniaga lain. Anda hanya perlu mempromosikan produk atau barangan yang dijual oleh perniagaan lain dan mendapat komisen apabila pelanggan membeli sesuatu produk melalui anda. Anda akan menjadi orang tengah di antara pembekal dan pelanggan.
3. Affiliate marketing
Affiliate marketing adalah proses menerima komisen daripada perniagaan lain apabila pembeli membeli sesuatu produk atau barangan melalui link anda. Anda memerlukan akaun media sosial yang mempunyai ramai pengikut supaya ia dapat memudahkan proses untuk mempromosikan sesuatu produk. Anda perlu membuat content berkaitan produk tersebut sama ada di Youtube, Instagram, Twitter atau Facebook dengan cara membuat review ke atas sesuatu produk.
Langkah – langkah untuk menjadi Affiliate Marketer:
Tiga cara ini adalah antara cara mudah untuk anda menghasilkan pendapatan bulanan melalui Shopee. Dengan hanya menggunakan telefon pintar atau laptop sahaja, anda boleh menjana pendapatan sampingan dengan cara yang mudah dan lebih berkesan.