FASILITI TD1303 (PART 1)
25/05/2022KELAS ASAS PEMASARAN DIGITAL
07/06/2022Video resume merupakan satu cara baru untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan yang anda idamkan. Majikan masa kini sudah mula menggunakan cara ini untuk mengenali calon dengan ringkas sebelum memilih calon-calon yang mereka rasakan layak dan sesuai dengan jawatan yang ditawarkan untuk sesi temu duga. Selain itu, video resume akan dapat membantu menonjolkan kreativiti anda dalam mengatur dan menyusun isi kandungan tentang diri anda dalam video tersebut. Zaman moden ini merupakan zaman yang menmpunyai persaingan yang sengit kerana setiap tahun, ratusan ribu graduan dan pekerja akan memohon untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan. Oleh itu, video resume akan menjadi plus point bagi para pencari kerja supaya bakal majikan akan lebih tertarik untuk memilih anda bekerja dengan syarikat mereka.
CONTENT VIDEO RESUME
1. Introduction
Anda perlu berikan maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, latar belakang pengajian, dan pengalaman bekerja atau latihan industri. Kaitkan pengalaman yang ada dengan jawatan yang hendak dipohon.
2. Experience
Anda perlu nyatakan penglibatan dan pencapaian anda dalam aktiviti yang telah disertai semasa di universiti atau sekolah atau. Penglibatan dan pencapaian anda perlulah disertakan bersama bukti-bukti seperti gambar bagi menyakinkan para bakal majikan. Anda juga boleh sertakan kemahiran yang anda miliki seperti kemahiran dalam Microsoft Office atau software yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
3. Call-to-action
Dalam bahagian ini, anda perlu nyatakan cara untuk bakal majikan menghubungi anda seperti email, no. telefon bimbit, dan akaun LinkedIn. Ini akan menunjukkan bahawa anda serius dengan kerja tersebut dan dapat memudahkan mereka untuk menghubungi anda jika mereka mempunyai sebarang maklumat lanjut yang diperlukan.
TIPS VIDEO RESUME
Video resume yang hendak dihantar kepada bakal majikan perlu ringkas, padat, dan pendek. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam proses penyediaan video resume yang menarik dan berkesan untuk dihantar kepada bakal majikan anda.
1. Pakaian
First impression sangat penting dan ia akan menunjukkan cara anda membawa diri. Pakaian perlu formal dan kemas supaya anda akan kelihatan lebih berkeyakinan semasa menerangkan tentang isi kandungan diri anda dalam video tersebut. Ekspresi wajah anda perlu kelihatan formal namun masih dengan senyuman sepanjang video tersebut.
2. Durasi video
Video resume perlu berdurasi 2 minit sahaja. Video yang melebihi 2 minit akan menyebabkan semua maklumat yang hendak disampaikan tidak akan diterima oleh bakal majikan. Syarikat mendapat ratusan video resume dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menonton video yang terlalu panjang.
3. Audio & video quality
Pastikan gambar dan suara anda jelas supaya semua maklumat dapat didengari dengan baik. Suara yang kurang jelas akan menyebabkan video anda menjadi kurang menarik. Anda juga boleh meletakkan subtitle supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada bakal majikan.