Ilmu dan kemahiran dalam pemasaran digital adalah sangat penting pada zaman moden ini di mana banyak perniagaan telah dijalankan secara perniagaan atas talian. Pembeli lebih gemar dan selesa membeli barang dan keperluan secara atas talian kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk mendapatkan pelbagai keperluan hanya dengan menggunakan telefon pintar. Para peniaga atas talian perlu mempunyai ilmu tentang asas pemasaran digital bagi memenuhi dan mengikut trend pembelian masa kini. Oleh itu, TD1303 menawarkan kelas asas pemasaran digital bagi membantu para usahawan untuk mempromosikan produk-produk jualan mereka secara atas talian dengan lebih berkesan.
1) Kelas Asas Pemasaran Digital Marketplace (Shopee)
Kelas Asas Pemasaran Digital Marketplace Shopee ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan bimbingan asas bagi penyediaan akaun tetap dan cara menjual di Shopee dengan menggunakan platform Shopee. Selain itu, teknik menghasilkan copywriting dan pemasaran Shopee juga termasuk dalam modul pembelajaran kelas ini.
Modul pembelajaran:
Tenaga pengajar untuk Kelas Asas Pemasaran Digital Marketplace Shopee ialah Encik Ahmad Khusyairy bin Khuzainol yang merupakan tenaga pengajar di bawah TD1303. Encik Khusyairy ialah tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dalam bidang digital marketing. Beliau berpengalaman selama 10 tahun dalam industri e-dagang manakala 5 tahun dalam digital marketing. Selain itu, beliau juga mempunyai kelayakan profesional seperti Certified Facebook Ads Trainer dan social media trainer bagi Facebook dan Coursera. Beliau sangat aktif dalam bidang ini dan telah banyak menyumbangkan ilmu dalam digital marketing sehingga mendapat pencapaian yang membanggakan seperti beliau terlibat dengan Mentor Program Usahawan Graduan Terengganu bersama Yayasan Usahawan Terengganu. Beliau juga telah dilantik oleh Universiti Malaysia Terengganu sebagai Trainer Shopee bagi seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh universiti tersebut.
2) Kelas Asas Pemasaran Digital (Facebook Ads)
Facebook Ads merupakan salah satu cara berkesan untuk para peniaga online untuk memasarkan produk yang dijual. Facebook Ads merupakan iklan yang berbayar dan sangat berkesan kerana capaian bakal pembeli produk anda akan menjadi lebih luas mengikut demografi yang telah dipilih. Contohnya, jantina, umur, lokasi, minat dan sebagainya. Ini bermakna demografi yang dipilih mestilah bersesuaian dengan produk yang ingin dipromosikan kepada bakal pembeli.
Dengan menyertai kelas yang dianjurkan oleh TD1303, anda akan dapat mengetahui cara-cara yang betul untuk memaksimakan penggunaan Facebook Ads yang akan meluaskan lagi capaian pembeli produk anda. Walaupun ia adalah iklan yang berbayar, namun harga yang dikenakan masih lagi berpatutan untuk dibayar oleh para peniaga atas talian.
Modul pembelajaran Kelas Facebook Ads ini termasuk:
Tenaga pengajar untuk Kelas Facebook Ads ini merupakan seorang yang mahir dan dalam bidang pemasaran digital. Beliau ialah Encik Amirul Aziz yang merupakan team daripada Impak Eskay Agency, sebuah website designer yang menawarkan servis menghasilkan website dan digital marketing. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang digital marketing termasuk Facebook dan Instagram Ads. Di akhir kelas ini, diharapkan para peserta akan dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang dikongsi untuk memasarkan produk mereka dengan lebih luas dengan memaksimakan penggunaan Facebook Ads ini.