KELEBIHAN CO-WORKING SPACE
03/07/2022KELEBIHAN MENYEWA DI TD1303
05/07/2022KEJE.MY
Keje.my adalah sebuah syarikat pemula atau start-up yang menawarkan software pengurusan sumber manusia kepada organisasi atau syarikat. Keje.my membantu syarikat menguruskan pekerja dalam hal-hal berkaitan kehadiran, pembayaran gaji, pengurusan mesyuarat, claim, data peribadi pekerja dan sebagainya. Dengan melanggan bersama Keje.my, usahawan atau syarikat boleh menyimpan semua data berkaitan sumber manusia di platform yang disediakan oleh Keje.my. Ia beroperasi secara atas talian di mana para pelanggan boleh membuat subscription atau langganan secara bulanan atau tahunan.
Keje.my mula menghasilkan software ini pada 2020 bermodalkan idea daripada rakan-rakan dan usahawan yang ingin mendapatkan cara mudah bagi menguruskan syarikat mereka. Ia mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2021, kini Keje.my telah setahun menapak dalam industri dan mendapat sambutan yang baik daripada para usahawan serta syarikat-syarikat. Sehingga kini, Keje.my mempunyai lebih daripada 300 orang pelanggan yang datang daripada pelbagai bidang dan industri. Kebanyakan pelanggan Keje.my merupakan usahawan dan syarikat daripada industri makanan dan minuman yang menjalankan perniagaan restoran dan kafe. Hasil dari maklum balas yang positif daripada para pelanggan, Keje.my sentiasa berusaha untuk memberikan servis yang terbaik kepada syarikat-syarikat untuk menguruskan hal-hal sumber manusia dengan lebih baik.
Usahawan atau syarikat yang berminat akan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Keje.my boleh melanggan software bagi memudahkan pengurusan sumber manusia di dalam perniagaan. Pelanggan akan mendapat akses dan menerima bantuan cara penggunaan dan teknikal apabila telah melanggan software tersebut. Keje.my akan terus memberikan servis yang terbaik kepada usahawan bukan sahaja industri makanan dan minuman, malahan pelbagai bidang dan industri yang lain pada masa akan datang.
RAF NIAGA
RAF Niaga merupakan sebuah start-up yang menyewa di TD1303 dan ia menawarkan sejadah asli dari Madinah kepada umum dan komuniti. RAF Niaga yang beroperasi secara atas talian ini menapak dalam industri perniagaan pada tahun 2019. Pemiliknya, Megat Azwan menyatakan bahawa beliau menceburi bidang perniagaan yang bermula daripada hobi, namun beliau berusaha untuk mengembangkan perniagaan ini kerana ia mendapat sambutan daripada pelanggan yang ingin mendapatkan sejadah asli dari Madinah.
Beliau yang merupakan lulusan jurusan perniagaan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau yang dahulunya bekerja dan mempunyai pengalaman dalam bidang e-dagang, meneruskan perniagaan ini sehingga ia dapat menembusi pasaran luar negara. Sehingga kini, RAF Niaga mendapat perhatian dan pelanggan yang membeli sejadah asli Madinah bukan sahaja pelanggan daripada Malaysia malahan pelanggan dari luar negara seperti The United States, Singapore, Saudi Arabia, Australia dan The United Kingdom.
Selain beroperasi secara atas talian, RAF Niaga juga menyertai banyak karnival atau program jualan usahawan yang dianjurkan oleh badan-badan daripada agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan. RAF Niaga mempunyai agent dan reseller bagi memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan sejadah-sejadah yang ditawarkan. Pelanggan yang ingin mendapatkan sejadah asli Madinah boleh melayari laman web The Prayer Mat East dan terdapat pelbagai jenis sejadah yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan serta berkualiti tinggi.