Terdapat banyak kelebihan yang akan diterima oleh penyewa-penyewa di TD1303. Penyewa boleh memilih sama ada ingin menyewa ruang kerja tetap dan ruang kerja peribadi yang sangat selesa untuk mereka menjalankan perniagaan dan tugasan seharian.
1) Fasiliti yang lengkap
TD1303 menyediakan fasiliti yang lengkap untuk para pengguna dan penyewa yang menyewa serta menganjurkan program di TD1303. Kami menyediakan kad akses untuk menjamin keselamatan barang-barang yang dimiliki oleh para penyewa. Kad akses diberikan kepada penyewa bagi memudahkan untuk mereka keluar masuk ke dalam pejabat. Selain itu, TD1303 juga menyediakan meja dan kerusi boleh laras serta penghawa dingin yang akan memberi keselesaan kepada para penyewa. Oleh itu, penyewa hanya perlu membawa barang-barang keperluan sahaja untuk menggunakan ruang kerja yang telah disewa.
2) Harga sewaan berpatutan
Harga sewaan yang ditawarkan kepada para penyewa juga sangat berpatutan. Penyewa boleh menyewa sebuah bilik dan menggunakan ruang itu sepenuhnya untuk kegunaan mereka. Ruang kerja peribadi dan ruang kerja tetap boleh disewa secara bulanan atau tahunan dengan melibatkan perjanjian kontrak yang ditandatangani dengan syarat tetap.
3) Mendapat akses ruang-ruang lain dengan harga yang lebih murah
TD1303 memberi kelebihan kepada para penyewa TD1303 untuk menggunakan ruang-ruang yang terdapat di TD1303 dengan harga yang lebih murah berbanding dengan yang pihak TD1303 tawarkan kepada umum. Penyewa boleh menggunakan semua ruang termasuk bilik mesyuarat, digital lab, green screen room, talkspace dan event space