KELAS ASAS PEMASARAN DIGITAL
07/06/2022APPS PROFESSIONAL UNTUK JOB SEEKER
22/06/2022Personal branding atau penjenamaan diri merupakan aktiviti yang dilakukan oleh individu dalam menjenamakan diri, produk, atau perniagaan. Namun dalam artikel kali ini, personal branding akan difokuskan kepada penjenamaan diri untuk mencari pekerjaan. Personal branding sangat penting kerana ia dapat memberi kepercayaan dan menarik minat bakal majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada anda. Terdapat banyak situasi yang dapat kita lihat pada hari ini di mana pencari kerja ditawarkan temu duga dan pekerjaan oleh majikan melalui platform profesional seperti LinkedIn. Ini kerana mereka mempunyai personal branding yang bagus dan mereka mampu menonjolkan diri melalui sharing dan posting mereka.
Terdapat beberapa aspek penting dalam proses personal branding ini untuk menonjolkan imej professional anda. Antara aspeknya adalah pencapaian, pengalaman, cara berkomunikasi, cara mengembangkan rangkaian atau connection anda serta aktiviti yang dilakukan secara umum. Dalam era digital ini, semua sudah menjadi mudah dan bukan hanya selebriti sahaja yang memerlukan jenama sendiri namun setiap individu juga perlu tahu cara untuk menjenamakan diri bagi memudahkan orang lain mengenali kita untuk tujuan peribadi mahupun profesional. Sebuah personal brand yang bagus mampu menjadi batu loncatan untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan yang lebih baik pada masa akan datang. Ia juga dapat membuka peluang untuk anda dalam temuduga kerja, penambahan networking, kenaikan pangkat, partnership, peluang perniagaan dan lain-lain.