KELEBIHAN MENYEWA DI TD1303
05/07/2022TEKNOLOGI BERKEMBANG SELEPAS PANDEMIK
20/07/2022KELAS MOBILEGRAPHY
Fotografi sudah menjadi sesuatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat hari ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari masyarakat menggunakan telefon pintar masing-masing untuk mengambil gambar. Namun, tidak semua gambar yang diambil hasilnya akan menjadi baik kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran dan cara yang betul dalam fotografi. Oleh itu, TD1303 ada menawarkan Kelas Mobilegraphy yang akan membantu para peserta untuk belajar perkara-perkara asas dan penting dalam fotografi bagi memastikan gambar yang diambil adalah cantik dan berkualiti. Para usahawan ialah komuniti yang sesuai untuk menyertai kelas ini kerana gambar memainkan peranan yang penting dalam aktiviti pemasaran. Tanpa gambar yang menarik, agak susah untuk menarik minat para bakal pembeli untuk membeli produk anda.
Modul pembelajaran termasuk:
- Pengenalan kepada fotografi
- Asas – asas fotografi
- Kelebihan fotografi
- Rules of third
- Lighting
- Photo editing (VN)
- Praktikal
Di akhir pembelajaran kelas ini, para peserta dapat mengetahui perkara-perkara penting dalam bidang fotografi dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sama ada dalam perniagaan atau bidang-bidang yang lain.
KELAS VIDEOGRAPHY
Dengan telefon pintar sahaja, kini anda boleh menghasilkan video yang menarik. Bukan seperti dulu lagi di mana kita memerlukan kamera yang canggih untuk memastikan video yang diambil adalah cantik dan berkualiti. Terdapat pelbagai jenis telefon pintar masa kini yang menawarkan bermacam-macam ciri-ciri menarik pada kamera. Aplikasi editing juga banyak di pasaran dan boleh didapati secara percuma atau berbayar. Penghasilan video dengan menggunakan telefon pintar anda dapat memudahkan anda untuk mendapatkan video dengan pantas dan mudah. Sesiapa sahaja boleh menyertai Kelas Videografi yang ditawarkan oleh TD1303 di mana ia dapat membantu para peserta untuk menghasilkan video yang berkualiti yang mempunyai elemen-elemen yang betul dari segi suara, angle, dan storyline. Elemen-elemen ini sangat penting supaya video yang dihasilkan akan dapat menarik minat orang ramai untuk menonton video anda.
Modul pembelajaran termasuk:
- Pengenalan kepada videografi
- Asas videografi
- Kelebihan videografi
- Rules of third
- Lighting
- Video editing (VN)
- Praktikal
Setelah menyertai Kelas Videografi ini, para peserta akan dapat menghasilkan video-video yang menarik dan berkualiti dengan mempraktikkan cara-cara yang betul. Hasil video yang baik dapat membantu dalam aktiviti pemasaran produk dan lain-lain.