BANTUAN PERNIAGAAN DI KUALA TERENGGANU: SKIM OKU DARIPADA MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
17/05/2021BANTUAN PERNIAGAAN DI KUALA TERENGGANU: SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA DARIPADA SME BANK
24/05/2021Artikel ini akan menerangkan tentang Skim Pembiayaan Program TemanNita yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional.
Terdapat banyak badan kerajaan atau swasta yang menyokong usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan mereka khususnya usahawan industri kecil dan sederhana. Badan-badan kerajaan atau swasta ini menawarkan beberapa bantuan atau pinjaman yang boleh dipohon oleh usahawan yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk kemajuan usahawan di Terengganu adalah TEKUN Nasional.
Antara bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu ialah Skim Pembiayaan Program TemanNita. Artikel ini akan menerangkan tentang lebih lanjut tentang bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
- Apa itu Skim Pembiayaan Program TemanNita?
Skim Pembiayaan Program TemanNita disediakan untuk mana-mana usahawan wanita tempatan yang berinisiatif untuk memaju dan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Skim ini dapat membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan mikro secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
2. Syarat-syarat kelayakan memohon Skim Pembiayaan Program TemanNita.
Syarat -syarat yang dinyatakan di sini mestilah dipenuhi dan dipatuhi oleh usahawan yang berminat untuk memohon Skim Pembiayaan Program TemanNita. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun sehingga 60 tahun. Pemohon juga mestilah berstatus Bumiputera dan golongan wanita sahaja yang dibenarkan memohon.
Pemohon disyaratkan untuk telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan serta rancangan perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju sebelum memohon skim pembiayaan TemanNita ini. Mereka yang berminat untuk memohon pembiayaan ini juga diwajibkan untuk memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan. Perniagaan juga mestilah sudah ada atau wujud dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang sah. Namun begitu, pemohon dibenarkan untuk menggunakan lesen atau permit yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran bagi pembiayaan RM5, 000 dan ke bawah sekiranya gagal untuk menyediakan pendafataran perniagaan (SSM) bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Usahawan yang berminat untuk memohon skim TemanNita ini ditetapkan untuk memiliki premis perniagaan yang tetap dan sah atau menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile). Usahawan yang memohon juga disyaratkan untuk pembiayaan perniagaan yang sedia ada dengan institusi kewangan yang lain tidak melebihi RM50, 000.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
3. Perincian Skim Pembiayaan Program TemanNita.
Bantuan perniagaan yang disediakan oleh TEKUN Nasional ini merupakan perniagaan berkumpulan yang terdiri daripada 5 orang usahawan WANITA dan boleh dimohon seperti jumlah yang berikut iaitu pembiayaan pertama dari RM1, 000 Sehingga RM10, 000 dan pembiayaan kedua boleh mencapai jumlah maksimum sehingga RM20, 000. Tempoh masa pembiayaan skim ini adalah antara 6 bulan hingga 5 tahun.
Pihak TEKUN Nasional mengenakan sedikit caj pengurusan kepada pemohon Pembiayaan Program TemanNita sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan. Ia juga mengenakan caj sebanyak 5% untuk simpanan atau tabungan peminjam daripada nilai pembiayaan setiap tahun.
Kaedah bayaran balik untuk pemohon seperti yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional ialah berdasarkan jaminan dan kerjasama di antara ahli kumpulan. Kutipan bayaran balik dilaksanakan semasa perjumpaan kumpulan setiap minggu. Ikrar dibaca secara individu atau berkumpulan pada setiap minggu tiap kali perjumpaan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
4. Jenis urusan perniagaan yang dibenarkan untuk memohon Skim Pembiayaan Program TemanNita.
Pihak TEKUN Nasional tidak menetapkan sebarang syarat untuk jenis perniagaan yang ingin memohon pembiayaan TemanNita selagi jenis perniagaan tersebut sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
5. Cara memohon Skim Pembiayaan Program TemanNita.
Usahawan yang berminat untuk memohon skim TemanNita ini perlu menghubungi pejabat TEKUN yang berhampiran atau sebaiknya pergi ke pejabat TEKUN yang berdekatan dengan premis perniagaan yang dijalankan. Selepas permohonan dibuat, proses kelulusan untuk skim pembiayaan TemanNita adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.
Sebelum artikel ini berakhir, penulis sertakan sedikit perihal TEKUN Nasional. TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
Terdapat lima objektif utama TEKUN Nasional yang menjadi pemacu untuk badan kerajaan ini terus berusaha untuk membangun dan memajukan usahawan-usahawan:
- Menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra usahawan
- Menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada usahawan tekun.
- Mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan.
- Memupuk budaya keusahawanan dan menabung di kalangan usahawan
- Memastikan pinjaman yang dikeluarkan dapat dikutip semula mengikut jadual agar dapat disalurkan semula kepada usahawan lain
Setakat ini sahaja perkongsian terperinci tentang bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu. Untuk maklumat yang lebih terperinci, usahawan boleh mengunjungi laman web rasmi TEKUN Nasional. Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat membantu para usahawan memajukan lagi perniagaan mereka seterusnya menambah baik ekonomi masyarakat.