Artikel ini akan menerangkan tentang Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang diperkenalkan oleh SME Bank dengan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Terdapat banyak badan kerajaan atau swasta yang menyokong usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan mereka khususnya usahawan industri kecil dan sederhana. Badan-badan kerajaan atau swasta ini menawarkan beberapa bantuan atau pinjaman yang boleh dipohon oleh usahawan yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk kemajuan usahawan di Terengganu adalah Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad atau SME Bank.
Antara bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu ialah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Artikel ini akan menerangkan tentang lebih lanjut tentang bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh SME Bank dengan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bertujuan untuk memberi peluang kepada pengusaha PKS Bumiputera di luar bandar untuk mempertahankan, mengembangkan dan mengembangkan perniagaan ke tahap kejayaan seterusnya. Pembiayaan ini adalah berteraskan konsep Syariah iaitu Pembiayaan Istilah Murabahah Komoditi-i (CMTF-i), Pembiayaan Berputar Komoditi Murabahah (CMRF-i), Ijarah Thummalbai dan juga Jaminan Bank Kafalah. Tujuan skim SPED ini diperkenalkan sebagai pembiayaan kepada usahawan seperti tujuan untuk membeli aset tetap kepada syarikat atau sebagai modal kerja untuk perniagaan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
2. Perincian Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).
Bantuan perniagaan yang disediakan oleh SME Bank ini boleh dimohon dalam jumlah minima RM 20,000.00 dan tidak melebihi maksimum pembiayaannya RM 250,000.00 untuk setiap permohonan. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah dari 3 tahun sehingga 7 tahun. Ini adalah tidak termasuk tempoh tangguhan selama 6 bulan. Rebat sebanyak 30% daripada nilai pembiayaan sebenar akan diberikan kepada pemohon yang layak serta mengikuti syarat yang ditetapkan. Kadar keuntungan maksima yang ditetapkan oleh bank ialah bayaran perkhidmatan sebanyak 5% setahun atas baki bulanan untuk jumlah pembiayaan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
3. Jenis perniagaan yang layak untuk memohon skim SPED.
Antara perniagaan yang layak untuk mendapat Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) ini adalah daripada sektor pembuatan, perkhidmatan, pertanian iaitu khusus untuk usahawan Bank Rakyat sahaja dan juga dari sektor pelancongan desa. Sektor-sektor ini haruslah mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan juga tidak menyalahi undang-undang.
Untuk memastikan skim pembiayaan ini benar-benar mencapai tujuan Skim SPED ini yakni memajukan perniagaan, pihak SME Bank telah menetapkan jenis pembelian yang boleh digunakan menggunakan pembiayaan ini. Yang pertama, usahawan boleh menggunakan wang daripada pembiayaan ini sebagai modal kerja untuk tujuan pembelian bahan mentah dan stok untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan mereka. Yang kedua, usahawan juga dibenarkan untuk pembelian aset tetap seperti mesin, perkakasan atau peralatan yang akan membantu memajukan lagi perniagaan atau perusahaan yang diceburi oleh usahawan menggunakan pembiayaan daripada Skim SPED ini.
Selain itu, pihak SME Bank turut membenarkan para usahawan menggunakan wang pembiayaan ini untuk menambahbaik atau mengubahsuai premis perniagaan mereka dan juga pembelian premis baharu. Di samping itu, usahawan turut boleh menggunakan wang daripada pembiayaan ini untuk pembelian kenderaan bagi kenderaan perdagangan atau kenderaan bagi tujuan perniagaan yang diperlukan oleh usahawan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
4. Cara memohon pembiayaan SPED.
Usahawan yang berminat untuk memohon pembiayaan ini perlulah mendapatkan borang permohonan SPED terlebih dahulu yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau Cawangan Bank Pelaksana atau di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Borang permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek. Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.
Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana manakala yang tidak lulus pula akan dimaklumkan oleh KPLB. Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana. Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh bank kepada senarai pemohon-pemohon yang lulus.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
5. Syarat-syarat kelayakan memohon pembiayaan skim SPED.
Syarat -syarat yang dinyatakan disini mestilah dipenuhi dan dipatuhi oleh usahawan yang berminat untuk memohon Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED). Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa permohonan dilakukan. Pemohon juga mestilah 100% berstatus Bumiputera.
Usahawan yang berminat untuk memohon skim SPED ini juga ditetapkan untuk memiliki premis perniagaan serta mesti berasingan daripada kediaman pemohon . Selain itu, perniagaan yang diusahakan mestilah mempunyai lesen kebenaran beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan. Perniagaan juga mestilah sudah ada atau wujud dan mempunyai pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
Usahawan yang memohon juga disyaratkan untuk tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan yang lain. Perniagaan mestilah sepenuh masa dan beroperasi di kawasan luar bandar yang dikenal pasti oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLB). Pemohon hendaklah mengemukakan penyata bank firma atau syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini semasa menghantar permohonan.Syarikat yang dimohon mesti didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2002 atau Akta Koperasi 1993 dan juga telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.
Setakat ini sahaja perkongsian terperinci tentang bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu. Untuk maklumat yang lebih terperinci, usahawan boleh mengunjungi laman web rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat membantu para usahawan memajukan lagi perniagaan mereka seterusnya menambah baik ekonomi masyarakat.