Dunia digital membuktikan bahawa media sosial dan algoritmanya sangat berpengaruh dalam penyebaran isu semasa dan budaya dalam kalangan masyarakat digital hari ini. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu algoritma dan kaitannya dengan dunia pendigitalan hari ini.
Algoritma media sosial adalah mengutamakan kandungan (posting) yang mana pengguna sosial media akan lebih dahulu tertarik dan mengutamakan suapan (feeds) berdasarkan relevan semasa bertujuan menapis kandungan yang tidak berkaitan atau kandungan yang tidak berkualiti tinggi.
Algoritma TikTok
Mencadangan kandungan yang diperibadikan untuk setiap pengguna dan menentukan kandungan video yang mungkin disukai pengguna berdasarkan minat individu serta memaparkannya pada halaman ‘For Your Page’ (FYP). Tambahan pula, platform ini diukur berdasarkan graf minat dengan mengambil kira pilihan , mengenal pasti minat dan menghubungkan anda dengan kumpulan pengguna lain yang berkongsi minat yang sama.
Selain itu, aplikasi ini berbeza berbanding platform media sosial seperti Facebook dan Instagram yang menyiarkan posting daripada senarai pengguna yang diikuti (following list) manakala TikTok, kandungan yang disiarkan bukan daripada ‘following list’ dan diperibadikan untuk setiap pengguna dimana kandungan yang anda lihat pada FYP anda tidak akan sama dengan apa yang dilihat oleh orang lain pada halaman FYP mereka.
Misalnya, jika seseorang itu menonton banyak kandungan video berkaitan kecantikan dan hiburan maka akan lebih banyak cadangan untuk video yang serupa muncul di halaman FYP mereka tetapi video tersebut jarang dipaparkan untuk mereka yang kebanyakannya menonton kandungan video berkaitan pendidikan atau isu politik.
Jadi siapa yang akan dapat manfaat melalui Algoritma TikTok ini?
Sudah tentu dalam dunia perniagaan digital, Algoritma TikTok ni banyak memberi kelebihan kepada pengguna TikTok khususnya golongan pempengaruh atau influencers dan orang-orang berniaga kerana senang untuk membina rangkaian (networking) dengan pengguna asalkan mereka bijak mengambil peluang.
Komponen Utama Algoritma TikTok:
Maklumat Video | Berdasarkan kandungan yang anda cari pada kata carian iaitu (kapsyen (caption), bunyi (sound), hashtag). |
Interaksi Pengguna | Algoritma TikTok dipengaruhi oleh penggunaan kandungan dan interaksi pengguna pada aplikasi. |
Tetapan ‘Device’ dan Akaun | Sebagai contoh, tetapan (bahasa, negara, jenis peranti) yang pengguna pilih pada akaun mereka. |
Kesimpulannya, dengan memahami cara algoritma media sosial berfungsi amat penting untuk setiap pengguna platform media sosial dan mereka yang ingin memajukan perniagaan mereka.
Jadi, macam mana anda faham tak apa macam mana Algoritma TikTok ni bekerja? Jangan lupa biasakan diri dengan algoritma media sosial dan dapatkan pengalaman terbaik dalam bidang pemasaran digital! Ikuti kami untuk lebih banyak artikel menarik.