Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu: Skim Pembiayaan Atas Talian (SPINT) daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)
10/05/2021BANTUAN PERNIAGAAN DI KUALA TERENGGANU: SKIM OKU DARIPADA MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
17/05/2021Artikel ini akan menerangkan tentang Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck’ (SPMT) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
Terdapat banyak badan kerajaan atau swasta yang menyokong usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan mereka khususnya usahawan industri kecil dan sederhana. Badan-badan kerajaan atau swasta ini menawarkan beberapa bantuan atau pinjaman yang boleh dipohon oleh usahawan yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk kemajuan usahawan di Terengganu adalah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
Antara bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu ialah Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck’ (SPMT). Artikel ini akan menerangkan tentang lebih lanjut tentang bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
- Apa itu Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck’ (SPMT)?
Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck’ (SPMT) disediakan oleh YPU untuk mana-mana usahawan tempatan di Terengganu yang berinisiatif untuk memaju dan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Pembiayaan ini adaah berbeza daripada skim pinjaman yang biasanya ditawarkan oleh badan perbankan di Malaysia. Hal ini kerana, Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck’ (SPMT) ini dilaksanakan di bawah Skim Pinjaman Tanpa Faedah – Al-Ijarah.
Skim SPMT ini dikhaskan untuk usahawan yang menggunakan kenderaan atau lebih dikenali sebagai mobile truck atau food truck sahaja. Pembiayaan yang diperolehi daripada skim SPMT ini hanya boleh digunakan oleh usahawan untuk membeli van atau peralatan untuk membuat urusan perniagaan berasaskan food truck sahaja.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
2. Perincian Skim Pembiayaan ‘Mobile Truck’ (SPMT).
Bantuan perniagaan yang disediakan oleh YPU ini boleh dimohon oleh usahawan food truck sehingga jumlah maksimumnya sebanyak RM75, 000.00. Jangka masa bayaran balik skim pembiayaan SPMT pula boleh dipanjangkan selama 7 tahun. Dengan suntikan dana ini, perniagaan berkonsepkan gerai bergerak yang diusahakan oleh usahawan boleh berkembang dan bertambah maju. Usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan dengan menggunakan mobile truck atau food truck juga layak untuk memohon skim pembiayaan SPMT ini seterusnya menjadi sumber pendapatan untuk usahawan itu sendiri.
Lebih menarik lagi, tiada sebarang cagaran yang dituntut daripada pemohon untuk melayakkan mereka mendapat manfaat daripada skim pembiayaan SPMT ini. Caj keuntungan yang disyaratkan juga amatlah rendah berbanding skim pinjaman yang lain iaitu hanya sebanyak 2%. Namun, ada juga syaratnya yang sama dengan pinjaman yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi, pemohon SPMT juga perlu seorang penjamin yang bekerja di sektor kerajaan ataupun swasta. Had pinjaman juga bergantung kepada had gaji minima penjamin.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
3. Cara memohon pembiayaan SP3T
Terdapat tiga peringkat untuk memohon bantuan pembiayaan SP3T ini. Usahawan yang berminat untuk memohon skim ini perlulah mendapatkan borang terlebih dahulu daripada YPU. Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap dan tepat butirannya. Perlu diingatkan borang yang tidak lengkap tidak akan diterima mahupun dikembalikan kepada pemohon.
Peringkat yang kedua adalah melibatkan pegawai daripada YPU sendiri. Borang yang diisi dengan lengkap akan diproses. Semua butiran yang tercatat akan diteliti dan dinilai dengan berhemah. Langkah ini adalah untuk memastikan usahawan yang memenuhi syarat sahaja yang layak untuk mendapat skim SPMT ini. Peringkat yang terakhir adalah satu peringkat yang membawa manfaat dan yang paling dinantikan oleh usahawan. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah segala aspek diteliti dan permohonan usahawan diluluskan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
4. Syarat-syarat kelayakan memohon pembiayaan skim SP3T
Syarat -syarat yang dinyatakan disini mestilah dipenuhi dan dipatuhi oleh usahawan yang berminat untuk memohon Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T). Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 55 tahun. Pemohon juga mestilah berstatus Bumiputera. Perniagaan yang dijalankan oleh usahawan yang memohon hendaklah dimiliki oleh rakyat Terengganu dan perniagaan itu mestilah dijalankan di Terengganu.
Selain itu, pemohon perlu mendaftar sebagai Pemilih di negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Usahawan yang berminat untuk memohon skim SP3T ini juga di tetapkan untuk memiliki satu premis perniagaan yang tetap dan sah serta jenis perniagaan yang dijalankan mestilah bersifat khusus. Mereka juga diwajibkan untuk memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan. Perniagaan juga mestilah sudah ada atau wujud dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang ,masih lagi belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
Pemilikan perniagaan juga mestilah dimiliki oleh usahawan yang memohon dan beroperasi secara sepenuh masa. Untuk memastikan skim ini dapat dijalankan dengan baik, usahawan yang memohon juga disyaratkan untuk tidak memiliki rekod buruk dengan mana-mana institusi kewangan yang lain. Pemohon juga mestilah sudah menjadi Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang telah dianjurkan oleh YPU.
Sebelum artikel ini berakhir, penulis sertakan sedikit perihal Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU). YPU merupakan satu badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk melahirkan usahawan yang berpengetahuan dan berdaya saing khususnya di Terengganu. Mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 1994, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) terus komited dalam memastikan pembangunan keusahawan serta perusahaan kecil sederhana dengan menganjurkan pelbagai program pembangunan yang boleh disertai oleh mana-mana usahawan di Terengganu.
Penubuhan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) merupakan jasa mantan Menteri Besar Terengganu yang ke-10 iaitu Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad. Beliau menyedari kepentingan sektor perusahaan kecil dan sederhana untuk pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu dan tidak hanya bergantung kepada sumber petroleum sahaja. Kini, setelah 27 tahun beroperasi, YPU telah banyak menganjurkan program dan aktiviti yang berteraskan Program 5P (Pembiayaan, Peningkatan Kemahiran, Pembangunan Perniagaan dan Promosi Pasaran) untuk memastikan fokus utama YPU iaitu menjadi penggerak dalam perkembangan sektor keusahawanan negeri Terengganu direalisasikan.
Terdapat lima objektif utama YPU yang menjadi pemacu untuk badan kerajaan ini terus berusaha untuk membangun dan memajukan usahawan-usahawan di Terengganu:
- Mempertingkatkan jalinan keusahawanan dan keupayaan usahawan sedia ada.
- Meningkatkan usahawan kelas menengah yang berwibawa ke tahap global.
- Melahirkan usahawan baru Program Usahawan Graduan Terengganu Sejahtera (U-GATES)
- Menyediakan kemudahan prasarana pembangunan keusahawanan dalam usaha meningkatkan daya saing dan daya maju usahawan.
- Mewujudkan pengurusan, budaya dan ruang korporat YPU yang menjadi tonggak kecemerlangan usahawan.
Untuk memastikan kelima-lima objektif utama ini dicapai, YPU menyediakan empat perkhidmatan utama iaitu Pembangunan Usahawan, Pembangunan Perniagaan, Pembiayaan Perniagaan dan Premis Perniagaan yang boleh dipohon oleh usahawan mengikut kesesuaian perniagaan masing-masing.
Setakat ini sahaja perkongsian terperinci tentang bantuan perniagaan yang disediakan di Kuala Terengganu. Untuk maklumat yang lebih terperinci, usahawan boleh mengunjungi pejabat YPU yang beralamat Pusat Dagangan Terengganu Padang Hiliran 21100 Kuala Terengganu Terengganu. Usahawan yang berminat juga boleh menghubungi YPU di talian 09-6242424. Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat membantu para usahawan memajukan lagi perniagaan mereka seterusnya menambah baik ekonomi masyarakat.