APPS UNTUK GRAPHIC DESIGNER
27/06/2022TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN
29/06/2022KELAS MICROSOFT 365 (EXCEL)
Microsoft 365 merupakan satu software yang sudah menjadi perkara asas dalam kehidupan setiap individu termasuklah individu yang bergelar pekerja mahupun pelajar. Microsoft 365 banyak membantu dan memudahkan para penggunanya untuk melakukan kerja-kerja seharian. Aplikasi yang sering digunakan hampir setiap hari adalah Microsoft Word, PowerPoint, dan Excel di mana ketiga-tiga aplikasi itu mempunyai fungsi yang berbeza. Dengan adanya Microsoft 365 ini, pengguna tidak perlu lagi untuk menyimpan kerja-kerja di dalam komputer masing-masing kerana terdapat fungsi penyimpanan secara Cloud. Fungsi ini dapat membantu pengguna untuk mengakses kerja-kerja yang telah dilakukan di mana-mana sahaja.
Tenaga pengajar untuk Kelas Canva TD1303 ini ialah Encik El Gamillo yang merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang seni reka dan teknologi termasuk Canva, Microsoft dan Apple Teacher. Beliau mempunyai kelayakan profesional seperti Microsoft Master Trainer Certified dan Microsoft Innovative Educator Expert (2019 – 2020). Oleh itu, tenaga pengajar kami akan dapat bantu para peserta kelas ini untuk mahir menggunakan Microsoft Excel dengan cara yang ringkas dan mudah difahami.
Modul Pembelajaran termasuk:
- Pendaftaran Akaun Microsoft
- Pengenalan kepada Microsoft Office 365
- Tips & Trick Microsoft Excel
- Data Entry & Table Sorting
- Pembinaan carta
- Penggunaan Penyimpanan secara Cloud
- Latih tubi
Di akhir pembelajaran kelas ini, peserta akan dapat menguasai cara-cara berkesan dalam menggunakan Microsoft Excel. Kerja-kerja yang akan menjadi lebih mudah dan pantas apabila peserta dapat belajar tentang tips dan trick dalam menggunakan Microsoft Excel.
KELAS ADOBE ILLUSTRATOR
Adobe Illustrator merupakan satu aplikasi yang biasa digunakan oleh para pemain industri seni reka grafik pada masa kini. Dengan Adobe Illustrator, proses penghasilan rekaan grafik akan menjadi lebih mudah dan cepat untuk disediakan. Adobe Illustrator telah menjadi antara salah satu pilihan pereka grafik, pereka web, artis visual, dan professional illustrators di zaman ini untuk menghasilkan kerja-kerja reka grafik dengan hasil yang berkualiti tinggi. Pengguna pemula atau beginner yang ingin menceburi bidang seni reka grafik juga boleh menggunakan Adobe Illustrator kerana ia merupakan sebuah software yang user friendly dan mudah digunakan. Terdapat pelbagai rekaan grafik yang menarik boleh dihasilkan seperti logo, banner, bunting, flyer dan sebagainya. Adobe Illustrator juga sesuai digunakan oleh para usahawan yang menjalankan perniagaan kerana ia dapat menjimatkan kos untuk mengupah pereka grafik profesional untuk menghasilkan poster-poster untuk tujuan pemasaran.
Tenaga pengajar untuk Kelas Adobe Illustrator ini merupakan seorang tenaga pengajar yang mahir dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini. Beliau ialah Encik Tolahah bin Muda yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di TD1303 dan beliau mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri kreatif termasuk reka bentuk grafik, fotografi, videografi, dan photoshop. Pembelajaran disampaikan dengan relaks dan santai dapat membantu para peserta untuk lebih fokus semasa di dalam kelas.
Modul Pembelajaran termasuk:
- Pengenalan kepada Adobe Illustrator
- Document set-up
- Mengenali tools penting
- Penggunaan Pathfinder
- Alignment
- Penggunaan Pen tool
- Penggunaan teks
- Blending
- Membuat projek Flat Illustration
- Latihan
Setelah menyertai kelas ini, peserta akan dapat menghasilkan pelbagai jenis rekaan seni grafik yang menarik dan mengaplikasikan ilmu yang diterima dalam menjalankan perniagaan atau kehidupan seharian. Diharapkan dengan ilmu yang dikongsikan di dalam kelas ini dapat membantu para usahawan dan komuniti yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri seni reka grafik dan mendapat manfaat daripada bidang ini.