KELAS SENI REKA TD1303
18/05/2022CARA MENJANA PENDAPATAN DI SHOPEE
23/05/2022Pelbagai jenis perniagaan yang menguntungkan dan boleh menjadi salah satu pilihan kepada anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Kami ingin kongsikan 3 jenis perniagaan yang menjadi pilihan masa kini. Pada zaman moden ini, segala informasi berada di hujung jari dan kita mudah untuk menjana pendapatan sendiri walaupun hanya melakukan kerja dari rumah tanpa perlu terikat dengan waktu bekerja. Terdapat beberapa jenis perniagaan yang mudah untuk diceburi dan dimulakan iaitu:
- Dropshipping – merupakan perniagaan yang mudah untuk dijalankan tanpa memerlukan modal sebagai pemula. Sebagai dropshipper, anda hanya perlu mempromosikan produk daripada perniagaan lain. Ini bermakna anda tidak perlu mempunyai produk keluaran sendiri serta memegang stok dan ini memudahkan lagi kerja seharian anda. Anda akan mendapat keuntungan daripada komisen hasil jualan produk yang dibeli oleh pelanggan melalui anda. Perniagaan dropshipping ini sangat sesuai untuk individu yang ingin menjana pendapatan sampingan seperti pelajar universiti dan suri rumah.
- E-dagang – adalah antara salah satu jenis perniagaan yang sangat popular pada masa ini. Ia telah menjadi satu medium yang mudah untuk digunakan bagi mencari pendapatan kerana trend pembelian telah berubah kepada pembelian atas talian. Pelbagai platform e-dagang yang sering digunakan seperti Shopee, Lazada, Alibaba, Zalora, Shein, Taobao dan sebagainya. Penggunaan platform-platform ini semakin meningkat selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia kerana masyarakat tidak dapat keluar dari rumah dan berbelanja di kedai-kedai fizikal. Masa dan tenaga dapat dijimatkan dengan menggunakan platform-platform ini. Oleh itu, e-dagang dapat membantu para usahawan baru yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan digital.
- Freelance – satu perniagaan yang mudah dan menguntungkan di mana ia tidak memerlukan modal yang besar. Anda hanya perlukan komputer, Internet berkelajuan tinggi dan kemahiran yang anda boleh tawarkan kepada bakal pelanggan seperti membuat logo, fotografi, videografi, dan sebagainya. Sebagai seorang freelancer, tidak mustahil untuk anda menerima bayaran yang tinggi dan lumayan kerana pelanggan anda boleh datang daripada syarikat di dalam atau di luar negara.