KELAS MOBILEGRAPHY & VIDEOGRAPHY
19/07/2022BUSINESSMAN VERSUS ENTREPRENEUR
09/11/2022Sama ada kita sedar atau tidak, pandemik Covid-19 telah memberi kesan positif dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Sebelum berlakunya pandemik Covid-19, Malaysia semakin maju dalam bidang teknologi dan ia telah semakin luas digunakan oleh sesetengah lapisan masyarakat termasuklah golongan muda. Namun, apabila Covid-19 melanda negara kita pada Mac 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan ke seluruh negara, usahawan, syarikat dan masyarakat perlu belajar dan beradaptasi dengan norma baharu. Kini, boleh dikatakan setiap golongan masyarakat di Malaysia semakin cilik IT dan semakin mahir menggunakan teknologi yang ada.
1) Video Conferencing
Video conferencing kini telah digunakan secara meluas di mana – mana sama ada di bandar atau luar bandar. Terdapat pelbagai jenis aplikasi video conferencing yang boleh digunakan dan ia adalah percuma. Contohnya, Google Meet, Zoom, Discord, Microsoft Teams, Webex dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi video conferencing ini, ia akan memudahkan urusan untuk berkomunikasi dengan pelanggan, pembekal, dan sesiapa sahaja tanpa perlu bersemuka secara fizikal. Segala maklumat dan penerangan boleh disampaikan melalui aplikasi video conferencing ini. Ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana pengguna hanya memerlukan rangkaian Internet yang stabil untuk menggunakan aplikasi ini. Sehingga kini, aplikasi video conferencing masih digunakan secara meluas kerana masih banyak syarikat yang mengamalkan polisi bekerja dari rumah.
2) Online Grocery
Online Grocery juga semakin luas digunakan setelah Covid-19 melanda dunia. Masyarakat tidak dapat keluar berbelanja secara bebas dan solusinya adalah membeli barang secara atas talian. Pasar raya yang dahulunya beroperasi secara fizikal terpaksa mengubah operasi syarikat mereka. Online grocery kebiasaannya ditawarkan oleh pasar raya dalam bentuk website atau aplikasi. Terdapat banyak pasar raya yang kini beroperasi secara atas talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan contohnya, Lotus’s, Jaya Grocer, GanuFresh, TreLeaf Mart, dan sebagainya. Dengan adanya teknologi seperti ini, ia dapat membantu para pelanggan untuk mendapatkan barang-barang keperluan tanpa perlu pergi ke pasar raya.
3) Servis penghantaran
Tidak ketinggalan, aplikasi penghantaran atau courier juga sedang berkembang dengan lebih baik. Contohnya, aplikasi Grab yang dahulunya hanya mempunyai satu fungsi iaitu menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan. Namun kini, terdapat beberapa fungsi lain seperti servis penghantaran secara cepat. Ini kerana ia dijalankan dalam sesebuah negeri atau lokasi yang tertentu. Oleh itu, proses penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain akan dijalankan dalam beberapa jam sahaja bergantung kepada lokasi.