Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Home Tutor: Perkongsian Tenant TD1303
11/03/2021Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Penyedia Khidmat Printing atau Percetakan: Perkongsian Tenant TD1303
18/03/2021Perkongsian Pengalaman Peluang pekerjaan sebagai Video Editor di Kuala Terengganu daripada pemilik Mayang Studio yang juga merupakan Tenant TD1303.
Amir adalah seorang video editor yang berpangkalan di Kuala Terengganu. Beliau menawarkan perkhidmatan video editing kepada pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatannya.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman Amir Mayang sepanjang menceburi dalam bidang video editor di Kuala Terengganu
- Perkongsian Pertama: Cara hendak memulakan kerjaya sebagai video editor di Kuala Terengganu.
Menurut perkongsian menarik daripada Amir, ilmu dalam bidang yang ingin diceburi itu adalah yang paling penting sebelum memulakan apa-apa perniagaan atau menawarkan perkhidmatan. Nasihat ini merupakan nasihat yang sering diulang-ulang oleh Tenant TD1303 didalam perkongsian mereka berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.
Yang kedua, Amir menegaskan satu adalah satu kewajiban untuk seorang video editor memiliki sebuah peranti samada komputer riba ataupun telefon pintar. Syaratnya, peranti yang digunakan mestilah mampu menampung processor untuk perisian atau software yang akan digunakan untuk menyunting video.
Beliau turut berkongsi tentang professional software yang kebiasaanya menjadi pilihan seorang video editor. Antaranya, seperti premiere pro, after effect atau davinchi resolve dan ada lagi software-software lain yang boleh digunakan untuk editing process atau proses menyunting video.
2. Perkongsian Kedua: Cara menjadikan bidang Video Editor sebagai sumber pendapatan di Kuala Terengganu.
Amir menegaskan bahawa kerjaya sebagai seorang video editor sememangnya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Walaupun jawatan atau title sebagai seorang video editor kedengaran sedikit rumit, ianya merupakan satu pekerjaan yang boleh dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai bakat atau kreativiti yang dituntut dalam bidang ini.
Tambah beliau lagi, berkerja sebagai seorang video editor tidak bermakna mereka hanya boleh menyunting video daripada peranti yang dianggap profesional seperti DSLR yang menjanjikan kualiti video yang bagus. Walaupun hanya menggunakan telefon pintar untuk menyunting video, prosesnya adalah sama seperti menggunakan peranti dan perisian yang profesional.
Amir turut berkongsi serba sedikit tentang proses menyunting yang melibatkan tiga perkara utama, video, gambar dan bunyi atau sound. Tiga perkara ini tidak berubah berdasarkan peranti atau perisian yang digunakan. Menurut Amir, fundamental kepada video editing adalah sama. Pertama, potong video, masukkan muzik atau sound effect dan kesan-kesan khas untuk video agar menjadi lebih menarik untuk ditonton.
3. Perkongsian Ketiga : Cabaran yang biasa dihadapi apabila menceburi bidang Video Editor di Kuala Terengganu.
Antara cabaran yang biasa dihadapi oleh video editor adalah apabila akan ada masalah dengan video-video yang diberi oleh videographer. Amir berkongsi dengan lebih lanjut tentang situasi kesilapan itu, seperti situasi di mana video yang diberikan tidak fokus sewaktu video tersebut dirakam. Perkara ini akan menjadi masalah dan merupakan cabaran kepada video editor untuk proses penyuntingan video ataupun video editing.
Perkara ini menjadi lebih rumit jika tiada video backup atau video sokongan untuk digantikan dengan video yang bermasalah. Tambah beliau lagi, sekiranya diteruskan juga proses menyunting menggunakan video yang rosak, dikhuatiri hasil akhir video itu akan kelihatan tidak profesional dan kurang sesuai untuk digunakan sebagai video rasmi oleh klien.
Pemilik Mayang Studio ini juga berkongsi satu helah yang sering digunakan oleh video editor untuk menutup kepincangan video yang hilang fokus. Caranya adalah dengan membuat overlay pada video tersebut. Disebabkan proses menyunting video termasuk dalam fasa post-production, video-video yang telah dirakam namun disusun secara berterabur juga merupakan satu masalah atau cabaran yang biasa dihadapi oleh video editor yang dianggap Amir sebagai orang belakang.
4. Perkongsian Keempat : Kesilapan yang perlu dielakkan apabila menceburi bidang Video Editor di Kuala Terengganu ini.
Berdasarkan pemerhatian Amir sepanjang terlibat dalam bidang ini, kesilapan yang biasa dilakukan oleh video editor adalah apabila tidak membuat flow atau jalan cerita untuk video yang ingin disunting. Adalah penting untuk Amir sebagai seorang video editor untuk merangka dahulu flow supaya proses penyuntingan berjalan dengan lancar.
Beliau turut menyatakan kepentingan sebuah storyboard atau jalan cerita yang dilukis secara kasar untuk menggambarkan satu babak ataupun scene dalam video. Beliau mengambil contoh seperti yang dapat dilihat dalam drama ataupun filem di mana satu babak mestilah disunting daripada pelbagai arah atau angle. Justeru itu, perkara ini sangat memudahkan sewaktu sesi shooting dan juga proses editing kerana flow atau aturannya boleh dirujuk pada storyboard berkenaan.
5. Perkongsian Kelima : Tips yang boleh dikongsikan untuk menjadi Video Editor yang berjaya di Kuala Terengganu.
Antara tips yang dikongsikan Amir adalah jangan pernah syok sendiri apabila menyunting video. Perbanyakkan menonton video-video hasil air tangan orang lain baik hasil anak tempatan ataupun orang negara luar. Dengan cara ini, kemahiran mengedit sedia ada boleh diperbaiki dan mendapat inspirasi daripada video-video yang ditonton.
Ini kerana terdapat banyak video di platform-paltform media sosial yang boleh dijadikan sebagai panduan. Perhatikan isi kandungan, jalan cerita, cara penyusunan dan juga cara penyuntingan atau editing dalam video tersebut yang boleh dipraktikkan dan diaplikasi dalam video suntingan sendiri. Jadi, banyak faedah yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan dalam proses penyuntingan daripada video-video yang lain.
6. Perkongsian Keenam: Pengalaman paling manis dan pahit yang boleh dikongsikan sebagai seorang Video Editor di Kuala Terengganu.
Pengalaman paling manis sepanjang menjadi video editor yang dikongsi adalah Amir adalah apabila video hasil tangan dan penat lelah mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan. Video-video itu juga mempunyai mempunyai nilai sentimental dan memori yang berharga terutamanya bagi seorang video editor.
7. Perkongsian Ketujuh : Nasihat yang boleh diberikan kepada mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang Video Editor di Kuala Terengganu.
Nasihat berguna dikongsikan Amir adalah mula sekarang dan jangan bertangguh. Jangan takut untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Kalau anda tidak mempunyai ilmu, cuba cari ilmu terlebih dahulu dengan cara ikut orang lain terlebih dahulu. Atau cuba cari kawan-kawan yang sudah mempunyai skill atau kemahiran dan berpengalaman dalam bidang video editor ini.
Ataupun, atas inisiatif sendiri, boleh mulakan dengan video sendiri dan cuba untuk susun video tersebut supaya nampak lebih menarik. Walaupun mungkin anda masih baru dan tidak mempunyai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan anda, asah dahulu kemahiran yang sedia ada. Anda juga boleh membuat video ketika berkumpul dalam aktiviti perayaan bersama ahli keluarga atau tempat-tempat yang menarik untuk direkod dan membuat editing dengan video tersebut.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Amir Mayang, usahawan tempatan yang memiliki perusahaan dalam bidang video editing , Mayang Studio. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Baca juga artikel-artikel kami yang lain berkenaan bidang-bidang lain yang dikongsikan oleh Tenant TD1303.