Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Akauntan: Perkongsian Tenant TD1303
22/03/2021Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Digital Marketing atau Digital Marketer: Perkongsian Tenant TD1303
29/03/2021Perkongsian Pengalaman Peluang pekerjaan di Kuala Terengganu daripada photographer yang juga merupakan Tenant TD1303.
Amir Mayang adalah pemilik Mayang Studio yang berpangkalan di Kuala Terengganu. Beliau menawarkan servis sebagai seorang jurugambar atau photographer.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman Amir Mayang sepanjang penglibatan beliau dalam bidang fotografi.
- perkongsian Pertama: Cara hendak memulakan kerjaya dalam bidang photographer atau fotografi di Kuala Terengganu.
Menurut Amir, seorang photographer memerlukan tiga benda yang dianggap penting untuk memulakan kerjaya dalam bidang fotografi. Yang pertama, perlu mencari ilmu. Pada hemat beliau, hendak melangkah dalam mana-mana bidang sekalipun memerlukan ilmu. Agak sukar bagi mana-mana individu sekalipun ataupun dalam konteks ini, nak memulakan karier sebagai seorang photographer kalau tidak mempunyai ilmu.
Yang kedua, kelengkapan wajib untuk seorang photographer iaitu kamera untuk sesi bergambar atau apa-apa yang diminta pelanggan. Namun setelah mengambil gambar, seorang photographer juga memerlukan pelbagai aplikasi dan perisian khas untuk mengedit gambar yang telah diambil. Jadi yang ketiga adalah perisian atau software yang khas untuk pekerjaan sebagai seorang fotografer profesional.
2. Perkongsian Kedua: Cara menjadikan bidang photographer sebagai sumber pendapatan di Kuala Terengganu.
Menjadikan kerjaya sebagai seorang photographer di Kuala Terengganu boleh memberi sumber pendapatan yang bagi Amir agak lumayan dan stabil. Terdapat pelbagai jenis fotografer. Menurut Amir, ramai photographer memilih untuk menawarkan khidmat sebagai wedding photographer. Antara jenis photography yang ada adalah food photography atau food stylist, product photography dan sebagainya.
Beliau turut menambah tentang photographer yang fokusnya dalam bidang pelancongan atau tourism dan juga photographer yang menjurus kepada landscape photography. Semua cabang bidang fotografi yang disebut oleh Amir boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan yang kukuh sekiranya dilakukan dengan berilmu dan betul.
3. Perkongsian Ketiga : Cabaran yang biasa dihadapi apabila menceburi bidang photographer di Kuala Terengganu.
Antara cabaran yang biasa dihadapi apabila menceburi bidang photographer ini adalah kemahiran dan ilmu. Ini kerana, berdasarkan pemerhatian Amir, orang lama dalam bidang fotografi semestinya mempunyai lebih banyak ilmu yang dikutip daripada pengalaman sepanjang bergelar seorang photographer. Orang-orang baru baru yang baru terjun ke dalam bidang ini perlu mempersiapkan diri untuk bersaing dengan photographer yang sudah sebati dan jauh berpengalaman dalam bidang fotografi.
Cabaran yang seterusnya adalah berkaitan dengan permintaan pelanggan. Apa yang dimaksudkan dengan permintaan pelanggan ini adalah apabila terlalu ramai photographer. Jadi pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk memilih photographer. Justeru itu, sebagai seorang photographer, anda sepatutnya pandai mengambil hati pelanggan supaya mereka memilih untuk menggunakan khidmat photgrapher yang anda tawarkan.
Akhir sekali cabarannya adalah berkaitan dengan kadar harga. Menurut Amir, terdapat sesetengah photographer yang terdesak meletakkan harga atau kadang kala disebabkan mereka tidak mempunyai ilmu jadi dia tidak mengetahui harga yang perlu diletakkan sebenarnya. Contoh situasi adalah apabila terdapat ramai photographer yang membiasakan diri meletakkan harga rendah, dan pelanggan membuat perbandingan harga lagi murah apabila ingin mendapatkan perkhidmatan photographer yang lain.
Tambah Amir lagi, disebabkan perkara tersebut sering berlaku, pelanggan yang selalu mempersoal dan mebandingkan harga antara photographer yang menawarkan khidmat yang sama. Justeru, sebagai photographer, anda mestilah mempunyai ilmu supaya dapat menerangkan kepada pelanggan mengapa meletakkan harga sedemikian untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Ini membolehkan penat lelah bekerja sebagai seorang photgrapher berbaloi kerana mendapat bayaran yang setimpal.
4. Perkongsian Keempat : Kesilapan yang perlu dielakkan apabila menceburi bidang photographer di Kuala Terengganu ini.
Kesilapan yang biasa apabila menceburi bidang photographer ini seperti yang Amir kongsikan sebelum ini, iaitu berkaitan dengan kadar harga. Sebagai seorang photographer, perlu ada pendirian dan jangan sesekali meletakkan harga yang rendah semata-mata ingin mendapatkan pelanggan yang ramai.
Menurut photographer berpengalaman ini, sebelum mentapkan sebarang harga, kira terlebih dahulu kos maintanance, pengangkutan, software dan lain-lain lagi. Ini kerana terdapat perisian atau software yang memerlukan bayaran untuk terus menggunakannya.
Sebagai seorang photographer, ia menjadi kesilapan besar sekiranya anda tidak mengira semua perkara ini terlebih dahulu kerana ia akan menyebabkan kerugian kepada photographer itu sendiri pada masa hadapan. Nasihat ini diberikan oleh Amir kepada photographer yang baru sahaja menceburi bidang ini kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan pengalaman sebelum ini.
Menurut Amir juga, jika anda seorang photographer yang baru sahaja menceburi bidang ini dinasihatkan untuk tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi. Ini kerana apabila kita meletakkan harga yang tinggi, mungkin terdapat pelanggan yang mempertikaikan hasil kerja anda yang masih baru. Selalunya, nama karier anda sebagai seorang photographer akan menjadi buruk kerana ada pelanggan yang mempertikaikan harga dengan kualiti kerja yang diberikan kepada mereka tidak berbaloi.
Dalam pada itu juga, sebagai seorang photographer tidak salah untuk meletakkan harga yang tinggi jika anda mempunyai kualiti kerja yang dihasilkan bagus. Kadang-kadang sebagai pelanggan mungkin harga yang ditawarkan dirasakan mahal walaupun hakikatnya harga yang diberikan itu semua sudah termasuk dengan kos.
Jadi, seperti yang pernah Amir kongsikan sebelum ini. sebagai seorang photographer, anda perlu menerangkan kenapa meletakkan harga sedemikian. Pastikan juga anda mengambil deposit daripada pelanggan terlebih dahulu untuk mengelakkan kerugian pada masa akan datang.
5. Perkongsian Kelima : Tips yang boleh dikongsikan untuk menjadi photographer yang berjaya di Kuala Terengganu.
Tips yang diberikan pemilik Studio Mayang ini kepada mereka yang ingin menceburi bidang photographer adalah anda perlu mulakan sekarang. Maksud bermula dengan sekarang adalah dengan mencari ilmu dalam bidang ini terlebih dahulu dan seterusnya baru memulakan karier sebagai seorang photographer.
Apabila ingin menimba ilmu dalam bidang photographer ini, pastikan anda membuat time frame yang sesuai. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil masa sebulan atau dua bulan untuk menimba ilmu seterusnya meneruskan kerjaya sebagai seorang photographer. Elakkan untuk mengambil masa terlalu lama supaya kita tidak ketinggalan dalam bidang yang diceburi.
6. Perkongsian Keenam: Pengalaman paling manis dan pahit yang boleh dikongsikan sebagai seorang photographer di Kuala Terengganu.
Pengalaman paling manis yang dikongsikan Amir ketika menjadi photographer ini adalah apabila mendapat feedback atau maklum balas yang positif daripada pelanggan. Contoh situasi apabila kita sudah berpenat lelah berkhidmat sebagai seorang photographer untuk pelanggan dan mereka memuji hasil kerja kita. Menurut Amir, itu adalah pengalaman yang manis apabila bergelar seorang photographer.
7. Perkongsian Ketujuh : Nasihat yang boleh diberikan kepada mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang photographer di Kuala Terengganu.
Antara nasihat di kongsikan oleh Amir kepada mereka yang ingin menceburi bidang photographer atau fotografi di luar sana adalah dengan mula mencari ilmu terlebih dahulu. Ini disebabkan tugas sebagai seorang photographer bukan sahaja mengambil gambar malahan perlu tahu bagaimana hendak menguruskan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kita seperti dalam komunikasi atau ketika berunding dengan pelanggan supaya tidak menang pada satu pihak sahaja.
Nasihat Amir lagi, mereka yang mempunyai ilmu atau mungkin tidak berani untuk memulakan kerjaya dalam bidang fotografi ini adalah dengan mengikuti cara orang yang lebih berpengalaman terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda boleh mengikuti kawan yang berpengalaman sebagai photographer atau mana-mana photographer yang anda minati. Anda boleh cuba memberitahu mereka yang anda ingin mempelajari ilmu yang ada untuk dijadikan sebagai panduan walaupun dalam anda tidak mendapat bayaran dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, apa sahaja bidang yang anda ingin ceburi haruslah mempunyai ilmu terlebih dahulu dan berani untuk mencuba sesuatu perkara tersebut. Itu sahaja perkongsian dari saya Amir Mayang. Jika anda memerlukan khidmat seorang photographer atau videographer boleh hubungi saya Amir Mayang di talian 014-6116739 ataupun anda boleh melihat hasil kerja kami di Facebook Mayang Studio.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Amir Mayang, usahawan tempatan yang memiliki perusahaan dalam bidang photgrapher atau fotografi, Mayang Studio. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Baca juga artikel-artikel kami yang lain berkenaan bidang-bidang lain yang dikongsikan oleh Tenant TD1303.