Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Graphic Designer: Perkongsian Tenant TD1303
08/03/2021Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Video Editor: Perkongsian Tenant TD1303
15/03/2021Perkongsian Pengalaman Peluang pekerjaan di Kuala Terengganu daripada pengurus syarikat Terengganu Home Tuition yang juga merupakan Tenant TD1303.
Nik Mohammad Ariffuddin ialah pengurus kepada Terengganu Home Tuition di TD1303 Kuala Terengganu. Terengganu Home Tuition menawarkan perkhidmatan tutor peribadi ataupun lebih dikenali sebagai home tutor kepada pelajar untuk subjek-subjek pelajaran tertentu.
Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian daripada Nik Mohamad Ariffuddin sepanjang penglibatan beliau dalam bidang Home Tutor ini.
- Perkongsian Pertama: Cara hendak memulakan karier dalam sebagai Home Tutor di Kuala Terengganu.
Menurut perkongsian daripada Nik, terdapat dua cara untuk memulakan karier sebagai seorang Home Tutor di Kuala Terengganu. Yang pertama, anda boleh bergerak secara sendiri atau lebih dikenali sebagai personal tutor. Dalam erti kata lain, anda bergerak solo daripada semua aspek contohnya dalam mencari dan mengajar klien untuk membuat home tutor ini.
Cara yang kedua adalah dengan menyertai mana-mana agensi di Terengganu contohnya seperti agensi Terengganu Home Tuition. Tambah beliau lagi, jika anda berminat untuk memulakan karier home tutor di Kuala Terengganu dalam agensi tersebut, sebagai permulaan anda akan melalui proses sesi temuduga dan seterusnya boleh mengambil tugas yang ditawarkan oleh Terengganu Home Tuition.
2. Perkongsian Kedua: Cara menjadikan kerjaya Home Tutor sebagai sumber pendapatan di Kuala Terengganu.
Menurut pemerhatian Nik, bidang kerjaya sebagai Home Tutor di Kuala Terengganu ini mendapat pasaran yang meluas kerana dapat mengisi lompong antara sekolah dan pusat tuisyen. Lebih-lebih lagi pelajar sekarang tidak dapat ke sekolah kerana pandemik Covid-19 ini. Jadi ianya sangat memberi peluang untuk menjana pendapatan yang lumayan kepada mereka menceburi bidang home tutor ini.
Di samping itu, terdapat juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah dengan pembelajaran. Pada hemat beliau, tidak semua pelajar boleh mengikuti dan memahami sewaktu sesi pembelajaran di sekolah mereka.
3. Perkongsian Ketiga : Cabaran yang biasa dihadapi apabila menceburi bidang Home Tutor di Kuala Terengganu.
Berdasarkan pengalaman Nik sebagai seorang pengurus pusat home tuition, cabaran yang biasa dihadapi apabila menceburi bidang Home Tutor di Kuala Terengganu adalah apabila menjadi personal home tutor secara solo. Ini kerana anda tidak mempunyai pengurusan agensi untuk menyelesaikan masalah seperti mengemas kini silibus baru, meningkatkan kemahiran mengajar dan kemahiran komunikasi supaya proses mengajar menjadi lebih lancar.
Cabaran kedua yang beliau kongsikan ialah cabaran yang biasa dihadapi oleh personal home tutor yang bergerak solo adalah anda sukar untuk “marketkan” diri anda terutamanya daripada segi marketing misalnya. Disebabkan ini juga, ia menjadikan anda sukar untuk dikenali oleh pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan personal home tutor ini.
Berbeza dengan menjadi home tutor yang bernaung di bawah agensi seperti Terengganu Home Tuition, mereka akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh home tutor. Misalnya di dalam agensi Home Tuition Terengganu, mereka menawarkan latihan yang berterusan kepada tutor untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek seperti kemahiran dalam mengajar, cara berkomunikasi dan pelbagai lagi.
Nik turut menambah kelebihan daripada segi pemasaran pula, pengurusan agensi juga akan bertanggungjawab untuk menguruskannya. Jadi, home tutor boleh mengambil tugas sebagai seorang tutor dengan tenang tanpa memikirkan proses selanjutnya dan hanya fokus untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
4 Perkongsian Keempat : Kesilapan yang perlu dielakkan apabila menceburi bidang Home Tutor di Kuala Terengganu.
Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam menguruskan pusat home tuition, Nik banyak memerhatikan kesilapan yang sering dibuat oleh mereka yang turut terlibat dalam bidang ini. Menurut beliau, kesilapan yang perlu dielakkan sepanjang anda menceburi bidang personal tutor adalah jangan cuba untuk mengajar kesemua subjek.
Saranan beliau kepada mereka yang ingin menjadi personal home tutor adalah dengan cuba menguasai subjek-subjek tertentu. Sebagai contoh, jika anda menguasai subjek matematik tambahan, cuba kuasai untuk subjek tersebut sahaja terlebih dahulu. Seterusnya, cuba marketkan atau pasarkan diri anda dengan meyakinkan pelanggan yang anda mahir dengan subjek tersebut.
Menurut Nik lagi, kesilapan biasa dilakukan oleh personal tutor yang seterusnya adalah kekurangan daripada segi soft skills atau kemahiran insaniah. Sebagai tutor, kemahiran yang sedia ada perlu sentiasa ditingkatkan dan diperkemaskan. Antaranya, mengemas kini silibus semasa, format peperiksaan untuk UPSR, PT3,SPM dan teknik mengajar.
Jika anda tidak menguasai ketiga-tiga keperluan ini, besar kemungkinan pelanggan akan memberi maklum balas yang negatif secara langsung akan menyebabkan mereka berhenti menggunakan perkhidmatan home tutor yang jalankan.
Selain itu, kesilapan yang perlu dielakkan adalah berkenaan dengan kadar harga. Anda perlu mengetahui berapa kadar harga semasa di pasaran dengan membuat market validation. Jika menceburi bidang ini, elakkan sesekali berlawan harga dengan pesaing. Contohnya, anda meletakkan harga sewenang-wenangnya atau meletakkan harga yang rendah berbanding dengan harga pasaran semasa. Jadi, sangat penting untuk anda mengetahui berapa kadar harga yang perlu diletakkan apabila menjadi home tutor.
5. Perkongsian Kelima : Tips yang boleh dikongsikan untuk menjadi Home Tutor yang berjaya di Kuala Terengganu.
Antara tips yang dikongsikan oleh Nik untuk menjadi seorang Home Tutor yang berjaya adalah dengan sentiasa membuat persiapan. Contohnya, kemungkinan untuk seorang home tutor mengajar hanyalah selama 1 jam ataupun paling lama 2 jam. Tetapi persiapan untuk kelas tersebut akan mengambil masa 2 jam atau 3 jam. Jika anda tidak membuat persediaan untuk kelas tersebut ia akan mengganggu sesi pembelajaran dan memberi kesan kepada penyampaian anda di dalam kelas.
Penulis bersetuju dengan tips daripada Nik, kerana berdasarkan pengalaman menjadi seorang guru pelatih, penulis pernah mengambil masa selama enam jam untuk menyiapkan pelan mengajar dan alat bantu mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lancar dan teratur sekiranya persiapan yang dibuat mencukupi.
Sentiasa mempunyai grouping atau network kerana agak sukar jika anda bergerak secara solo. Seperti di Terengganu Home Tuition anda mempunyai rakan-rakan yang lain untuk membantu anda berkongsi daripada segi maklumat tambahan, nota dan sebagainya untuk persediaan bahan pengajaran di dalam kelas.
Seterusnya , anda juga perlu sentiasa mengulang kaji untuk meningkatkan kemahiran semasa anda seperti dalam kemahiran komunikasi, teknik mengajar dan banyak lagi. Jangan anda merasakan sudah cukup mahir dengan kemahiran yang ada, malah haruslah diingatkan untuk sentiasa berusaha dalam menambah ilmu pengetahuan.
6. Perkongsian Keenam: Pengalaman paling manis dan pahit yang boleh dikongsikan sebagai seorang Home Tutor di Kuala Terengganu.
Pengalaman paling manis yang boleh dikongsikan sepanjang menjadi home tutor di Kuala Terengganu dan boleh dijadikan sebagai pembakar semangat pembaca adalah apabila di tahun 2019, Terengganu Home Tuition hanya mempunyai pelanggan seramai 10 orang sahaja. Akan tetapi, sepanjang tahun 2020 Terengganu Home Tuition mempunyai pelanggan yang aktif seramai 70 orang
Pusat home tuition kami terus melangkah kehadapan apabila pada tahun 2021, setakat dari Januari hingga Februari, terdapat lebih 100 pelanggan yang menyertai dan memilih khidmat home tutor kami.
Ini menunjukkan prospek pasaran dalam bidang home tutor ini sangatlah besar dan berbaloi untuk anda ceburi. Tetapi jangan merasakan yang tiada pesaing untuk merebut peluang yang dimiliki. Justeru itu, anda mestilah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan untuk anda dikenali ramai.
7. Perkongsian Ketujuh : Nasihat yang boleh diberikan kepada mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang Home Tutor atau ingin membuka pusat tuisyen di Kuala Terengganu ini.
Menurut pengurus kepada Terengganu Home Tuition ini lagi, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan kepada mereka yang berminat untuk menjadi home tutor ini. Yang pertama, sebagai seorang tenaga pengajar, anda dinasihatkan untuk sentiasa meningkatkan ilmu kemahiran sedia ada untuk mengelakkan anda ketinggalan daripada semua aspek dalam teknik pembelajaran.
Selain itu, nasihat yang boleh diguna pakai jika anda berminat untuk menjadi seorang home tutor adalah dengan mengetahui tentang ilmu marketing untuk memasarkan diri anda. Ianya sangat penting untuk anda supaya pelanggan dapat mengenali anda dan seterusnya menggunakan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Di samping itu, anda juga mestilah sentiasa mempunyai semangat dalam mengajar terutamanya di dalam kelas. Ini sangat penting kerana ianya akan memberi kesan yang positif kepada anda dan pelajar yang anda didik.
Seterusnya, untuk menjadi home tutor yang berjaya anda perlu sentiasa mempunyai “network” atau kenalan serta mentor untuk sentiasa meningkatkan kualiti kemahiran anda yang ada dari sebelum ini. Dan kesemua perkara yang dinyatakan ini, ada di dalam Terengganu Home Tuition, kalau anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada organisasi kami.
Akhir sekali, menurut Nik, sekiranya anda ingin memulakan karier sebagai seorang home tutor, beliau menyarankan untuk bermula daripada sekarang kerana pasaran sangat luas untuk anda ceburi dalam bidang ini. Jika anda memerlukan latihan dari segi “networking”, kemahiran dalam mengajar, atau anda ingin tahu selok-belok dunia personal tutor, boleh menyertai Terengganu Home Tuition dengan cara melayari website THT www.naktutor.com untuk membuat permohonan menjadi tutor dan seterusnya menunggu panggilan untuk temuduga.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Nik, pengurus muda yang mengurus dan menyelia sebuah agensi dalam bidang home tutor , Terengganu Home Tuition. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Baca juga artikel-artikel kami yang lain berkenaan bidang-bidang lain yang dikongsikan oleh Tenant TD1303.