Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Penyedia Khidmat Printing atau Percetakan: Perkongsian Tenant TD1303
18/03/2021Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Photographer atau Jurugambar: Perkongsian Tenant TD1303
25/03/2021Perkongsian Pengalaman Peluang pekerjaan di Kuala Terengganu daripada pemilik syarikat akauntan atau perakaunan yang juga merupakan Tenant TD1303.
Perkongsian Pengalaman Peluang pekerjaan di Kuala Terengganu daripada seorang freelancer dan pemilik syarikat dalam bidang akauntan atau perakaunan yang juga merupakan Tenant TD1303.
Amin Al-Basyir adalah pemilik syarikat perakaunan Amin Al-Basyir Management yang berpangkalan di Kuala Terengganu. Syarikat beliau menawarkan perkhidmatan perakaunan dan percukaian yang menyasarkan syarikat-syarikat dan perusahaan sebagai pelanggan servis mereka.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman Amin sepanjang terlibat secara langsung dalam bidang akauntan atau perakaunan
- Perkongsian Pertama: Cara hendak memulakan kerjaya dalam bidang akauntan atau perakaunan di Kuala Terengganu.
Berdasarkan kenyataan Amin, peluang pekerjaan untuk individu yang berminat memulakan kerjaya dalam bidang akauntan atau perakaunan amat banyak. Sebagai salah seorang Tenant TD1303, beliau menyatakan TD1303 merupakan satu tempat atau Digital Hub yang membuka peluang kepada mereka yang berminat memulakan pekerjaan dalam bidang perakaunan atau sebagai seorang akauntan.
Tambah beliau lagi, TD1303 dipenuhi dengan usahawan-usahawan digital yang baru memulakan perniagaan mereka. Para usahawan ini amat memerlukan kepakaran seorang akauntan untuk menguruskan aliran tunai mereka dengan teratur dan mengikut tatatertib perakaunan yang betul.
Perusahaan di Kuala Terengganu sangat banyak dan pengusaha akan menggunakan bantuan untuk menguruskan kewangan syarikat mereka. Jadi, akauntan hanya memerlukan usaha dan kerajinan untuk mencari usahawan atau syarikat yang sedia untuk menggunakan khidmat profesional seorang akauntan.
2. Perkongsian Kedua: peluang untuk menjadikan bidang akauntan atau perakaunan sebagai sumber pendapatan di Kuala Terengganu.
Seorang akauntan amat diperlukan dalam semua sektor perniagaan. Jadi, menurut Amin, bidang akauntan atau perakaunan sangat laku kerana ia adalah satu keperluan untuk memastikan kewangan sesebuah syarikat itu di rekod dengan baik. Tambah beliau lagi, soalan berkenaan masa hadapan akauntan seperti pendapatan mereka merupakan soalan yang sering ditanya. Beliau berpendapat seorang akauntan boleh dan mampu menyara kehidupan mereka dengan selesa hasil daripada jerih payah menjadi seorang akauntan.
Amin turut menambah pemerhatian beliau terhadap pasaran perniagaan di Terengganu dengan mengatakan ramai usahawan-usahawan muda yang baru terjun ke bidang perniagaan hasil daripada perkembangan industri digital. Beliau turut menegaskan adalah penting untuk setiap perniagaan mempunyai rekod kewangan yang teratur dengan bantuan seorang profesional akauntan.
Secara keseluruhannya, Amin yakin yang individu yang terlibat dalam bidang akaun atau perakaunan mampu memperolehi pendapatan yang stabil dan kukuh. Jika seorang akauntan yakin dengan kemampuan dirinya yang dapat dinilai daripada hasil kerjanya sebelum ini, tidak mustahil individu itu mampu membuka firma perakaunannya sendiri.
3. Perkongsian Ketiga : Cabaran yang biasa dihadapi apabila menceburi bidang akauntan atau perakaunan di Kuala Terengganu.
Pemilik Amin Al-Basyir Management ini mengatakan cabaran yang sering dihadapi sepanjang menawarkan khidmat perakaunan di Kuala Terengganu adalah proses pengumpulan dokumen. Beliau menceritakan pengalaman beliau dalam proses pengumpulan dokumen seperti resit, bil, invois daripada usahawan atau pemilik perniagaan yang mengupah mereka.
Kebanyakan usahawan tidak menyedari kepentingan menyimpan semua dokumen kewangan syarikat mereka. Masalah mulai timbul apabila seorang akauntan di gajikan untuk membuat rekod kewangan sepanjang tahun untuk perniagaan mereka. Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai seorang akauntan dan pemilik firma perakaunan, cabaran ini dianggap sebagai satu masalah kecil. Beliau turut menasihati dan mengingatkan usahawan-usahawan ini untuk mengumpul dan menyimpan segala dokumen kewangan mereka.
Namun, tidak kesemua usahawan bersikap sambil lewa dalam mengumpul dokumen mereka, ada juga yang memang teratur dan kemas cara penyimpanan dokumen syarikat mereka. Cuma, Amin mengatakan di Terengganu khususnya, masih ramai usahawan yang memandang enteng berkenaan dokumentasi kewangan ini.
4. Perkongsian Keempat : Kesilapan yang perlu dielakkan apabila menceburi bidang akauntan atau perakaunan.
Amin menegaskan sikap-sikap yang perlu ada dalam seorang akauntan yang bagus seperti jujur, amanah dan berintegriti. Nilai ini amat diperlukan untuk memastikan rekod kewangan syarikat klien dibuat dengan jujur dan amanah tanpa unsur keraguan atau penipuan. Berkenaan sifat jujur, walaupun ramai usahawan yang cara penyimpanan dokumen mereka salah, ia bukanlah tiket untuk seorang akauntan membuat rekod kewangan secara remeh.
Jujur dan bertanggungjawablah dengan amanah yang dah diberi oleh klien. Guna dan aplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang proses untuk menjadi seorang akauntan. Bagi Amin, jika sesbiah rekod kewangan dibuat dengan sambil lewa atau meragukan, ia boleh dianggap sebagai menipu. Beliau turut menekankan kepentingan rekod kewangan yang telus.
Kesan buruk rekod kewangan yang dibuat secara cincai akan dapat dirasakan oleh klien dalam jangka masa yang pamjang. Amin mengatakan sekiranya rekod kewangan itu salah atau meragukan, nilai cukai yang perlu dibayar oleh sesebuah perniaagaan boleh menjadi mahal berbanding cukai yang perlu dibayar jika rekod kewangan itu betul dan tepat. Ia juga dapat memberi kesan kepada kelulusan permohonan pinjaman yang dibuat oleh klein.
Amin turut berpesan kepada semua akauntan atau yang mengusahakan firma perakaunan, tekankan kejujuran dan amanah supaya pendapatan yang diperolehi menjadi berkat.
5. Perkongsian Kelima : Tips yang boleh dikongsikan untuk menceburi bidang akauntan atau perakaunan yang berjaya di Kuala Terengganu.
Amin yang sememangnya berpengalaman dalam bidang perakaunan berkongsi secara ringkas yang usaha amat diperlukan dalam bidang akauntan atau perakaunan. Beliau sekali lagi turut menekankan sikap amanah dan jujur. Usaha untuk mendapatkan kerja perakaunan daripada syarikat dan perusahaan yang memerlukan khidmat akauntan.
Beliau turut mempraktikkan cara yang lembut dengan bergaul dengan masyarakat sekeliling atau orang yang berpengalaman dalam perniagaan. Menurut beliau, ilmu yang dipelajari sewaktu zaman belajar boleh difahami dengan lebih jelas apabila mendengar nasihat atau pengalaman daripada ahli perniagaan yang berpengalaman.
Pemilik Amin Al-Basyir Management ini menyatakan seorang akauntan perlu sentiasa mendekati klien dan ini adalah masa yang tepat untuk meminta tips dan nasihat daripada mereka. Ambil yang bersesuaian dan praktikkan dalam pekerjaan sebagai seorang akauntan.
6. Perkongsian Keenam: Pengalaman paling manis dan pahit yang boleh dikongsikan sebagai seorang akauntan di Kuala Terengganu.
Sewaktu diminta untuk berkongsi pengalaman pahit dan manis, Amin dengan senang hati menceritakannya. Satu pengalaman manis beliau adalah apabila hasil kerjanya setelah berhempas pulas menyiapkan amanah daripada klien, diiktiraf dan diterima. Beliau turut menambah apabila klien berpuas hati dengan hasil kerjanya, beliau turut berbangga dan gembira dengan pencapaian itu.
Penulis berpendapat yang bekerja dengan klien merupakan satu perkara sukar kerana persetujuan perlu dicapai oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, apabila hasil kerja Amin diiktiraf, ia sememangnya satu memori yang indah dalam kerjaya beliau. Bagi pengalaman pahit, Amin berkongsi tentang kekecewaan yang dirasai apabila hasil kerjanya ditolak oleh klien.
Beliau juga berkongsi tentang kesilapan yang dilakukan dan bertegas yang ia merupakan sesuatu yang normal dan biasa berlaku. Pembayaran yang tertangguh disebabkan sikap klien juga merupakan pengalaman pahit dan apa yang mampu dilakukan adalah bersabar dan yakin dengan rezeki yang dijanjikan.
7. Perkongsian Ketujuh : Nasihat yang boleh diberikan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang akauntan atau perakaunan di Kuala Terengganu.
Amin berkongsi pandangan beliau tentang pasaran yang besar dan luas di Terengganu. Beliau menyarankan kepada yang mahu menceburi bidang akauntan atau perakaunan supaya teruskan niat itu dengan segera. Beliau turut berpesan kepada akauntan supaya menggunakan sistem yang diciptakan khusus untuk urusan perakaunan. Menurut beliau, ia merupakan satu pelaburan yang bagus dan diperlukan dalam karier seorang akauntan.
8. Perkongsian Kelapan: Nasihat yang boleh diberikan kepada mereka yang berminat membuka firma perakaunan di Kuala Terengganu.
Amin menjawab ringkas dengan meminta kepada sesiapa yang berniat untuk membuka firma perakaunan supaya melaksanakannya dengan segera. Beliau mengatakan pasaran perniagaan di Terengganu sedang rancak membangun namun firma perakaunan yang ada amat sedikit. Beliau turut menasihati supaya merebut peluang yang ada sebelum firma-firma luar membuka syarikat mereka di Terengganu.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Amin, usahawan tempatan yang memiliki firma dalam bidang akauntan atau perakaunan, Amin Al-Basyir Management. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Baca juga artikel-artikel kami yang lain berkenaan bidang-bidang lain yang juga dikongsikan oleh Tenant TD1303.