Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Home Tutor
08/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Printing atau Percetakan
15/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang video editor atau penyunting video.
Video editor atau penyunting video merupakan satu kerjaya yang sangat penting dan mendapat permintaan tinggi kesan daripada pertumbuhan industri digital kreatif yang sangat pesat pada masa kini. Perkembangan dunia digital dan dunia tanpa sempadan membuatkan kandungan video yang di muat naik di internet mendapat sambutan daripada pengguna media sosial.namun, masih ramai yang menganggap profesion ini tidak menjanjikan masa hadapan yang baik.
Bergelar sebagai seorang video editor ini tidak hanya terbatas kepada skop pekerjaan yang memerlukan video editor hanya menyunting video sahaja. Banyak lagi perniagaan atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh mereka yang berkemahiran sebagai seorang video editor.
Sebagai seorang video editor anda boleh bekerjasama dengan pembuat, penyunting, pengarah, dan penerbit sesebuah filem untuk menyiapkan satu projek yang memang memerlukan kemahiran dan pengetahuan kreatif seorang video editor. Bukan itu sahaja, banyak perusahaan yang mementingkan promosi dan menggunakan video kreatif untuk mempromosikan perusahaan mereka.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi tentang perniagaan yang boleh diteroka oleh seseorang yang berkemahiran dan berpengatahuan sebagai seorang video editor.
Idea pertama: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang video editor
- Menawarkan perkhidmatan mengambil gambar dan video berkualiti studio
Jika anda mempunyai peralatan dan pengalaman yang betul, anda boleh menjual perkhidmatan videografi atau fotografi anda kepada pelanggan tempatan ataupun internasional. Ini kerana, perbincangan untuk sesebuah projek juga boleh dibuat secara atas talian atau online. sebuah perusahaan internasional misalnya memerlukan khidmat videographer dan photographer tempatan untuk memastikan ianya kena dengan budaya masyarakat setempat. Dengan cara ini juga, portfolio seorang video editor akan bertambah nilainya. Penawaran perkhidmatannya juga akan berkembang secara meluas tanpa ada sempadan.
Idea kedua: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang video editor
2. Bekerja sebagai video editor bebas/ freelancer
Bagi pengusaha kecil-kecilan yang ingin mempromosikan perusahaannya, mereka gemar menggunakan khidmat freelancer yang bayarannya adalah hanya secara one-off. Kaedah ini lebih digemari kerana kosnya kurang sedikit berbanding in-house video editor.
Namun, ia bukanlah bermakna bayaran yang diterima oleh freelance video editor ini adalah tidak setimpal atau murah. Ianya bersesuaian dengan tahap kemahiran dan pengalaman video editor itu sendiri. Semakin tinggi tahap kemahiran dan pengetahuan serta pengalamannya, semakin tinggi bayaran yang sanggup dibayar oleh pelanggan. Cuma pastikan kualiti hasil kerja sentiasa dijaga untuk pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Freelance video editor juga mempunyai kelebihan untuk bekerja mengikut masa mereka sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak selain mematuhi tempoh masa yang dipersetujui bersama-sama klien. Cabarannya, video editor memerlukan kos yang besar untuk membeli peralatan profesional untuk memberikan kualiti hasil kerja yang bermutu.
Idea ketiga: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang video editor
3. Menawarkan khidmat sebagai professional videographer
Seorang video editor secara amnya juga mempunyai kebolehan dan kemahiran sebagai seorang videographer. Individu yang berkemahiran boleh menawarkan kombinasi perkhidmatan sebagai videographer dan video editor. Pada hemat penulis, kerja untuk menyunting sesebuah video akan menjadi lebih mudah kerana raw footage juga dihasilkan oleh individu yang sama. Jadi, kualitinya akan lebih terjaga dan mengikut perancangan yang betul.
Khidmat sebagai seorang videographer ini boleh ditawarkan untuk mana pihak persendirian yang inginkan mengabdikan momen-momen penting dalam hidup mereka seperti majlis perkahwinan, konvokesyen, ulang tahun perkahwinan ataupun sambutan hari jadi. Banyak juga perbadanan kerajaan atau swasta yang ingin memastikan kenangan mereka sewaktu sambutan hari keluarga dan sebagainya direkod dalam bentuk video.
Perniagaan dan perusahaan juga menggunakan khidmat videographer untuk merekod video promosi perniagaan mereka. Pendek kata, banyak peluang dan ruang yang boleh dicari oleh seorang videographer atau video editor. Rahsianya adalah dengan usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi untuk mencari rezeki.
Idea keempat: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang video editor
4. Menawarkan pakej perkhidmatan membuat video untuk perusahaan
Pakej perkhidmatan membuat video ini merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk sesi penggambaran termasuklah merangka jalan cerita, membuat skrip sehinggalah proses akhir penyuntingan video. Untuk membuat video promosi tentang perniagaan, seorang video editor perlu mencari sebuah perniagaan yang berpotensi untuk di kembangkan melalui promosi yang betul.
Idea kelima: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang video editor
5. Terlibat dalam penyuntingan video filem
Proses penyuntingan raw footage untuk sebuah filem yang berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah. Khidmat beberapa video editor diperlukan untuk menghasilkan hasil akhir yang berkualiti dan menepati piawaian filem yang bagus. Seorang video editor boleh berkhidmat sebagai penyunting untuk mana-mana produksi yang memerlukan.
Penyuntingan video sangat penting untuk sesebuah syarikat produksi filem kerana ia adalah satu kunci kepada imej dan bunyi untuk membuatkan penonton merasakan emosi semasa menonton filem seperti yang digambarkan oleh pengarah dan penulis skrip. Filem seram contohnya mempunyai teknik dan taktiknya sendiri untuk di sunting supaya keseramannya terserlah.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh di kongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menjadi seorang video editor atau penyunting video. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca.