Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Video Editor atau Penyuntingan Video
12/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Akauntan atau Perakaunan
19/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang printing atau percetakan.
Berdasarkan artikel yang telah disiarkan sebelum ini, peluang kerjaya dalam bidang percetakan atau printing di Kuala Terengganu telah di ulas. Untuk artikel kali ini, ulasan yang disediakan adalah berkisarkan tentang jenis-jenis percetakan atau printing yang boleh disediakan oleh penyedia khidmat printing.
Seperti yang telah ditulis dalam artikel sebelum ini, sudah dijelaskan yang kerjaya dalam bidang printing ini sangatlah meluas cabangnya dan tidak hanya terbatas dalam percetakan di atas kertas sahaja.
Jadi, artikel kali ini ditulis bertujuan untuk memberi pengetahuan, penerangan dan maklumat kepada pembaca yang mungkin berura-ura untuk menceburi bidang printing atau percetakan ini.
Idea pertama: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
- Membuat baju korporat, jersi atau t-shirt
Design baju yang menarik sering mendapat permintaan daripada pelanggan pada masa kini. Sebagai seorang yang menceburi dalam bidang printing, ia akan memberi peluang kepada anda supaya lebih kreatif dan maju ke depan.
Selain itu, ianya sangat memberi keuntungan yang lumayan kerana sasaran pelanggan boleh didapati dari semua peringkat. Sebagai contoh anda boleh membuat baju korporat dan memfokuskan pasaran kepada golongan yang berkerja atau pelajar di IPTA. Untuk pembuatan baju tshirt atau jersi pula, kanak-kanak dan remaja boleh dijadikan sasaran pasaran anda.
Banyak organisasi yang menampilkan identiti mereka menerusi design baju mengikut industri masing-masing. Baju korporat misalnya mendapat tempat untuk badan-badan kerajaan dan swasta untuk dijadikan baju rasmi mereka. Para pelajar baik di sekolah ataupun di universiti selalunya amat tertarik dengan idea baju seragam yang mengikut rekaan mereka sendiri. Mereka selalunya mencari penyedia khidmat printing yang sanggup mengikut rekaan mereka.
Idea kedua: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
2. Membuat kain rentang atau banner
Banner atau bunting merupakan salah satu cara untuk menghebahkan sesuatu kepada orang awam. Sekiranya terdapat mana-mana kempen atau event, ianya merupakan satu perkara wajib yang disediakan penganjur.
Selain baju korporat dan tshirt, pembuatan banner dan banting juga sering mendapat permintaan tinggi. Ini kerana, penggunaan banner sangat diperlukan oleh syarikat perniagaan serta organisasi apabila dalam acara rasmi, program atau majlis keramaian dan banyak lagi.
Idea ketiga: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
3. Perniagaan button badge
Sebagai salah satu cenderahati yang tahan lasak, button badge menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai tanda mana-mana sambutan atau majlis. Button badge ini selalunya digunakan sebagai “tanda” dalam sesuatu acara atau kempen. Sebagai contoh, kempen derma darah menjadikan button badge sebagai salah satu cenderahati kepada penderma.
Berdasarkan pengalaman penulis di sekolah dahulu, kami diberikan button badge yang dicetak dengan kata-kata semangat untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan yang penting. Di samping button badge juga boleh dijadikan hadiah atau cenderahati sebagai kenangan untuk sesuatu majlis mahupun acara yang diadakan.
Idea keempat : Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
4. Kad Perkahwinan
Kad kahwin adalah salah satu idea perniagaan yang sangat menguntungkan bagi mereka yang menceburi bidang printing. Merupakan salah satu kewajiban untuk setiap majlis perkahwinan, kad ini digunakan untuk menjemput rakan dan saudara-mara tentang majlisnya. Dengan harga yang berbeza mengikut design, percetakan kad perkahwinan adalah satu perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
Anda boleh membuat perkhidmatan kad kahwin yang sentiasa mendapat tempat dalam bidang pasaran printing, contoh jenis kad kahwin yang biasa mendapat permintaan tinggi di pasaran adalah kad hot stamping (cetakan berkilat), kad cetakan laser, kad berwarna, kad kulit keras dan pelbagai lagi.
Idea kelima: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
5. Paper Bag
Sering digunakan sebagai alat pemasaran atau marketing yang berkesan, paper bag menjadi kemestian oleh usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka. Paper bag yang direka khusus kelihatan lebih eksklusif seterusnya boleh dijadikan sebagai satu perniagaan untuk penyedia khidmat printing.
Selain itu, paper bag juga digunakan secara meluas dalam acara perkahwinan. Ramai mereka di luar sana menggunakan paper sebagai bekas untuk door gift perkahwinan mereka kepada jemputan yang diundang. Jadi, bagi penyedia khidmat printing, ini adalah satu peluang keemasan untuk menambah pendapatan dengan menawarkan servis mencetak paper bag ini.
Idea keenam: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
6. Flyers
Di samping membuat rekaan kad kahwin, kepada anda di luar sana yang berminat menceburi bidang printing ini anda boleh membuat produk lain iaitu flyers. Seperti yang kita tahu flyers adalah salah satu produk yang sering mendapat permintaan banyak. Walaupun flyers hanyalah helaian kertas, ia juga merupakan alat pemasaran yang baik dan berkesan. Banyak usahawan yang memerlukan khidmat pengusaha printing untuk mencetak flyers yang menampilkan identiti mereka sendiri.
Ini kerana terdapat ramai di kalangan mereka yang mempunyai perniagaan menggunakan flyers sebagai produk pengiklanan dalam memasarkan bisnes yang dijalankan. Justeru itu, dalam mengeluarkan produk seperti flyers dalam bidang printing sangat memberi keuntungan kepada mereka yang menceburinya.
Idea ketujuh: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
7. Kad PVC/ Kad Perniagaan
Sebut sahaja bidang perniagaan, sudah pasti syarikat-syarikat atau individu yang melakukan perniagaan memerlukan kad perniagaan seperti kad keahlian, kad gambar dan pelbagai kad lagi mengikut keperluannya. Tidak terlepas juga sasaran kepada pelajar sekolah dan universiti untuk menghasilkan produk seperti kad pelajar, kad diskaun dan sebagainya.
Penghasilan kad ini sangat memberi keuntungan lumayan berbanding dengan harga kos yang dikeluarkan. Ini kerana untuk mengeluarkan produk kad ini hanya memerlukan modal yang rendah seperti komputer, laminator, printer, kad PVC, hole puncher dan die cutter.
Idea kelapan: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang printing
8. Sticker
Berbeza harga mengikut design dan ketahanannya, sticker untuk perniagaan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sekaligus menjanjikan pulangan yang lumayan kepada penyedia khidmat printing. Jadi sebagai seorang yang menjalankan perkhidmatan printing, ini adalah peluang anda untuk menggunakannya. Anda boleh menyasarkan kepada usahawan di luar sana yang mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh dikongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menceburi bidang printing. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca.