Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Graphic Designer atau Rekaan Grafik
05/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Video Editor atau Penyuntingan Video
12/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang Home Tutor
Permintaan perkhidmatan sebagai Home Tutor boleh dikatakan sebagai perkhidmatan yang “in demand” pada masa kini dek kerana ramai pelajar tidak dapat hadir ke sekolah kerana penutupan sesi persekolahan akibat pandemik Covid-19 ini. Terdapat ramai ibu bapa yang membuat keputusan menggunakan perkhidmatan Home Tutor sebagai alternatif lain dalam memberi pendidikan untuk anak-anak mereka.
Ibu bapa selalunya lebih fokus untuk mencari tutor yang boleh mengajar dalam subjek-subjek yang kritikal dan dianggap sebagai killer subject. Mereka mahukan anak-anak mereka supaya mahir dalam subjek yang penting untuk mendapat kelulusan akademik yang diiktraf. Justeru, seorang home tutor perlu mengenalpasti matapelajaran yang mendapat permintaan yang banyak supaya khidmat ini boleh ditawarkan secara berterusan.
Artikel ini ditulis bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang subjek atau matapelajaran yang mendapat permintaan yang tinggi kepada mereka yang berhasrat untuk menawarkan khidmat sebagai seorang home tutor.
Idea pertama: Mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang Home Tutor
- Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang diajar sebagai bahasa kedua di Malaysia. Ramai ibu bapa yang menyedari akan hakikat ini sedaya upaya berusaha agar anak mereka menguasai bahasa ini sekaligus menjadikannya sebagai satu subjek yang banyak permintaan untuk khidmat home tutor.
Selain itu, individu yang mahir berbahasa Inggeris juga mendapat peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan. Sebagai bahasa yang menjadi lingua franca atau bahasa pengantar dalam dunia perniagaan antarabangsa, ia menjadi satu kemestian untuk sesiapa yang mahu bekerja di syarikat-syarikat bertaraf dunia.
Idea kedua: Mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang Home Tutor
2. Matematik
Sebut sahaja mata pelajaran Matematik sudah tentu ramai pelajar yang mengeluh apabila mendengarnya. Terdapat ramai pelajar sekolah mengatakan bahawa mata pelajaran matematik merupakan subjek yang agak susah untuk dikuasai dalam pelajaran. Berdasarkan pengalaman penulis, matematik sememangnya satu subjek yang perlu dikuasai daripada asasnya kerana ianya berkembang daripada satu bab ke satu bab yang lain dan menjadikannya rumit.
Sebagai satu subjek yang memerlukan kefahaman yang tinggi untuk dikuasai, matematik juga mendapat banyak permintaan untuk khidmat home tutor. Dengan implementasi KBAT, matematik terus menjadi subjek yang digeruni sekaligus menjanjikan home tutor subjek matematik projek yang berterusan.
Idea ketiga: Mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang Home Tutor
3. Matematik tambahan
Berdasarkan namanya sahaja, matematik tambahan adalah satu subjek yang lebih sukar daripada matematik biasa. Dek kerana kesukarannya untuk difahami, sudah menjadi normal untuk para pelajar mendapat markah dibawah paras lulus atau dalam bahasa mudahnya, gagal. Menurut kajian, matematik tambahan merupakan subjek yang sering kali pelajar mendapat markah rendah berbanding dengan mata pelajaran yang lain.
Para pelajar biasanya mencari alternatif luar sekolah untuk mempelajari subjek ini. Khidmat home tutor dituntut kerana tutor boleh fokus kepada seorang pelajar sahaja berbanding di sekolah di mana seorang guru perlu membahagikan fokus untuk berpuluh-puluh pelajar. Oleh itu, individu yang berkemahiran dalam subjek ini digalakkan untuk menawarkannya kepada pelajar yang berminat.
Idea keempat: Mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang Home Tutor
4. Sejarah
Seperti yang diketahui umum, subjek sejarah merupakan mata pelajaran yang wajib lulus untuk pelajar mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tidak cukup dengan itu, kebanyakan pusat pengajian tinggi menetapkan Sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib mendapat pangkat C atau kredit untuk melayakkan mereka menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.
Jadi tidak hairanlah jika subjek sejarah juga merupakan mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi di pasaran dalam menggunakan perkhidmatan home tutor. Subjek ini juga memerlukan teknik dan taktik yang betul untuk dijawab menyebabkan pelajar tidak hanya perlu menghafal isinya namun juga perlu menghafal teknik menjawab yang betul.
Idea kelima: Mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang Home Tutor
5. Bahasa Mandarin
Subjek yang mendapat permintaan tinggi yang seterusnya adalah bahasa Mandarin. Selain daripada bahasa Inggeris, Mandarin merupakan antara bahasa yang mempunyai ramai penuturnya di dunia. Di Malaysia, ia sering menjadi isu perdebatan antara kaum dek kerana ramai majikan yang menetapkan syarat fasih berbahasa Mandarin untuk diambil bekerja.
Seperti yang kita ketahui, bidang perniagaan dikuasai oleh negara China yang mungkin merupakan salah satu faktor penetapan syarat mampu berbahasa Mandarin ini. Menyedari kepentingan dan kelebihan untuk individu yang fasih bahasa ini, ramai ibu bapa yang cuba untuk memastikan anak mereka mampu berbahasa Mandarin.
Idea keenam: Mata pelajaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang Home Tutor
6. Kelas mengaji/ Pendidikan Agama
Dalam menceburi bidang home tutor, tidak semestinya tenaga pengajar hanya mengajar dalam mata pelajaran yang pelajar duduki dalam peperiksaan sahaja. Selain pendidikan lain yang mendapat permintaan tinggi adalah mengaji atau pendidikan agama.
Kelas mengaji atau pendidikan agama ini tidak hanya tertumpu kepada kanak-kanak sahaja malahan sering kali mendapat permintaan dari pelbagai lapisan umur termasuklah remaja dan orang dewasa. Antara perkara yang ditekankan dalam pendidikan agama adalah cara pembacaan Al-quran dengan ilmu tajwid yang betul serta perkara-perkara fardu ain yang perlu diamalkan dalam islam.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh dikongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menceburi bidang home tutor. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca pada masa akan datang.