Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Agen Insurans dan Takaful: Perkongsian Tenant TD1303
01/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Home Tutor
08/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang graphic designer atau rekaan grafik
Kerjaya sebagai seorang pereka grafik atau graphic designer merupakan satu pekerjaan yang agak terkenal akhir-akhir ini. Banyak permintaan untuk menggunakan khidmat seorang graphic designer dan menjanjikan projek atau kerja yang berterusan. Namun, senario ini hanya akan dialami oleh graphic designer yang menjaga kualiti hasil kerja dan perkhidmatannya.
Bergelar seorang graphic designer tidak membataskan skop kerja seseorang itu untuk hanya mereka bentuk sesuatu sahaja. Banyak lagi cabang perniagaan yang berkaitan dengan profesion graphic designer dan memerlukan kemahiran yang dimiliki oleh seorang graphic designer atau pereka grafik.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi tentang perniagaan yang boleh diteroka oleh individu yang berkemahiran dan berpengetahuan sebagai seorang graphic designer.
Idea pertama: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang graphic designer
- Pereka kandungan media social/ Social media content designer
Kandungan posting yang sering dilihat di media sosial mungkin kelihatan senang dan mudah untuk direka. Namun, hanya individu yang terlibat langsung dalam menguruskan kandungan posting untuk media sosial sahaja yang tahu dan faham tentang realitinya.
Individu yang bertanggungjawab menguruskan media sosial selalunya bukanlah individu yang sama mereka bentuk atau membuat rekaan untuk kandungan media sosial. Tugas untuk rekaan grafik sebagai kandungan di media sosial biasanya diserahkan kepada pereka grafik atau graphic designer. Kandungan yang menarik dan kreatif seperti infografik, banner dan poster adalah kepakaran yang dimiliki oleh seorang pereka grafik dan tidak semestinya boleh direka oleh orang kebanyakan.
Idea kedua: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang graphic designer
2. Pereka logo/ Logo designer
Banyak perniagaan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ini sebagai ikhtiar untuk meneruskan kelangsungan hidup kesan daripada kemerosotan ekonomi dek kerana pandemik Covid-19. Untuk memastikan perniagaan atau syarikat mereka boleh dikenali dan berbeza daripada syarikat sedia ada, logo memainkan peranan yang penting untuk tujuan ini.
Kepakaran pereka grafik atau graphic designer amat dituntut untuk mereka sebuah logo yang menampilkan identiti sesebuah perniagaan atau syarikat. Dengan kepakaran dan idea kreatif seorang pereka grafik, sebuah logo yang kreatif dan unik namun masih menonjolkan identiti syarikat akan terhasil. Seorang graphic designer boleh menawarkan khidmat ini kepada mana-mana pihak yang berminat secara freelance.
Idea ketiga: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang graphic designer
3. Mereka kad ucapan/ greeting card designing
Walaupun pemberian kad ucapan kedengaran agak klasik, cara ini sebenarnya masih lagi mendapat sambutan. Dengan kemajuan teknologi,seorang graphic designer boleh membuat dua versi kad rekaannya iaitu kad secara normal atau e-card yang boleh dibeli secara atas talian. Untuk membuatkannya kelihatan lebih menarik atau dekat di hati si penerima, seorang graphic designer boleh menawarkan perkhidmatan untuk mereka kad berdasarkan permintaan pelanggan.
Antaranya adalah kad untuk konvokesyen, hari lahir, ulang tahun, perayaan atau apa-apa jenis sambutan yang diminta oleh klien (customized). Untuk e-card, konsepnya adalah sama dengan penjualan kad secara normal. Cuma, seorang graphic designer boleh membuat buku katalog yang mengumpulkan kad-kad ucapan yang telah direka oleh mereka. Klien atau pelanggan boleh memilih design yang mereka mahu atau membuat permintaan berdasarkan kad ucapan sedia ada.
Idea keempat: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang graphic designer
4. Pereka laman web/ website designer
Konsep laman web atau website agak serupa dengan logo di mana ia juga merupakan satu cara untuk menampilkan identiti sesebuah organisasi atau syarikat. Sedikit berbeza dengan logo, website merupakan satu platform untuk menyalurkan informasi tentang sesebuah organisasi di samping memberikan penerangan tentang perniagaan yang diusahakan.
Dengan sentuhan kreatif seorang graphic designer, sesebuah website boleh menjadi kebanggaan organisasi yang ditampilkan. Di situlah semua perkara yang menarik dan unik tentang organisasi dan syarikat dipamerkan seterusnya memperkenalkannya kepada umum. Seorang graphic designer boleh menawarkan khidmat ini kepada mana-mana pihak yang berminat secara freelance atau tetap.
Idea kelima: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang graphic designer
5. Pereka kulit buku/ book cover designer
Untuk idea ini, seorang graphic designer tidak perlu untuk bekerja secara tetap di mana-mana syarikat penerbitan atau publisher. Ramai penulis buku yang bergerak secara solo dan memerlukan seorang graphic designer untuk mereka kulit buku yang mereka hasilkan dan yang bakal diterbitkan.
Cuma, pasarkan diri dan kemahiran sebagai seorang graphic designer yang mempunyai sentuhan unik dan kreatif untuk menampilkan ciri-ciri buku atau atas permintaan klien itu sendiri. Kulit buku memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembaca sekaligus mencerminkan perihal kandungan buku itu juga.
Idea keenam: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang graphic designer
6. Konsultan atau tutor
Tidak ada salahnya menggunakan kemahiran dan pengetahuan sebagai seorang graphic designer untuk menjana pendapatan sebagai seorang konsultan kepada individu yang berminat untuk menjadi seorang graphic designer. Ramai individu yang beraspirasi untuk menjadi seorang pereka grafik namun tidak tahu langkah dan cara yang betul untuk merealisasikan impian itu.
Sebagai orang yang berpengalaman dan berkemahiran, gunakan ilmu yang ada untuk membimbing individu yang berminat untuk menjadi seorang graphic designer atau pereka grafik. .
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh dikongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menjadi seorang graphic designer atau pereka grafik. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca.