Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Akauntan atau Perakaunan
19/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu dalam Bidang Digital Marketing
26/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang fotografi atau sebagai photographer
Kerjaya sebagai seorang photographer atau jurugambar merupakan satu pekerjaan yang semakin mendapat perhatian. Banyak syarikat yang memerlukan khidmat profesional seorang photographer terutamanya syarikat yang terlibat dalam bidang marketing atau pemasaran. Foto yang ditangkap secara profesional dan menggunakan kemahiran yang ada pada seorang jurugambar mampu dijadikan sebagai satu alat promosi atau alat pemasaran yang berkuasa.
Bergelar sebagai seorang photographer profesional tidak membataskan skop pekerjaan seseorang itu kerana terdapat beberapa cabang perkhidmatan yang boleh ditawarkan seperti acara yang berkaitan dengan dengan majlis perkahwinan, majlis tahunan syarikat atau majlis lain. Seorang photographer juga boleh melibatkan diri dalam dunia periklanan seperti mengambil gambar atau video untuk sesuatu produk untuk pengiklanan syarikat.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi tentang perniagaan yang boleh diteroka oleh individu yang ingin menambah pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan sebagai seorang photographer atau jurugambar.
Idea pertama: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang photographer
1. Jurugambar Fesyen / Fashion Photographer
Seorang fashion photographer atau jurugambar fashion kebanyakkannya akan memikul tanggung jawab untuk mengambil gambar sesuatu produk. Kebiasaannya fashion photographer sangat diperlukan dan mendapat banyak permintaan terutamanya bagi syarikat yang terlibat dalam dunia fashion.
Fashion photographer adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan foto yang menonjolkan pakaian atau aksesori yang dipromosikan. Mereka perlu memilih stylist, model dan background yang sesuai dengan konsep semasa sesi penggambaran.
Terdapat banyak syarikat yang menggunakan khidmat seorang freelance photographer untuk bekerja separuh masa sahaja kerana freelancer lebih jimat daripada segi kos berbanding dengan pekerja tetap. Fashion photographer kebiasaannya akan bekerja di dalam studio kerana memerlukan pencahayaan dan peralatan yang sesuai. Imej yang diambil akan digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti memberitahu cerita (editorial), menjual pakaian (katalog, laman web), dan mempromosikan jenama fesyen (pengiklanan).
Idea kedua: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang photographer
2. Jurugambar Majlis Perkahwinan / Wedding Photographer
Seorang photographer juga boleh menawarkan khidmat menjadi seorang wedding photographer. Wedding photographer kebiasaannya akan bekerja dalam sebuah agency perkahwinan ataupun sebagai freelancer sahaja. Diberi amanah untuk mengabdikan momen-momen indah sewaktu majlis perkahwinan, photographer wedding mestilah bijak mencari ruang dan masa yang sesuai untuk mengambil gambar menggunakan setting yang betul. Mereka juga terlibat dalam proses penghasilan album termasuklah mengedit gambar-gambar majlis perkahwinan.
Dengan menjadi wedding photographer, anda bukan sahaja akan terlibat pada hari perkahwinan tetapi akan terlibat dalam prosesnya juga. Kebiasaannya, ramai klien yang inginkan gambar perkahwinan yang bermula dengan pre-wedding, akad nikah, dan majlis resepsi perkahwinan. Selain itu, klien juga menginginkan gambar selepas majlis perkahwinan juga mengikut tema atau konsep yang di inginkan.
Idea ketiga: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang photographer
3. Jurugambar Sukan / Sport Photographer
Sebagai sport photographer, anda akan sering digunakan untuk tujuan editorial. Untuk menjadi sport photographer yang berdedikasi anda akan sering bekerja untuk surat khabar atau majalah sukan. Foto yang diambil juga akan diedit mengikut kepakaran dan pengetahuan seorang jurugambar untuk disiarkan di media massa.
Jurugambar sukan perlu menangkap gambar-gambar menarik kejadian yang berlaku sewaktu majlis sukan berlangsung. Angle atau sudut yang tepat perlu dicari untuk memastikan gambar itu berjaya menampilkan kesemua yang berlaku. Gambar-gambar ini disunting dan dimasukkan ke dalam artikel-artikel atau dijadikan alat untuk mempromosikan sukan. Bukan itu sahaja, sport photographer juga akan sering dituntut khidmatnya untuk tujuan pengiklanan mana-mana atlet ataupun peralatan sukan.
Idea keempat: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang photographer
4. Jurugambar wartawan / Photojournalist
Seorang photojournalist bertanggungjawab untuk menangkap dan menyunting gambar supaya ianya boleh menjadi satu bentuk penceritaan melalui sekeping foto. Sekeping foto mampu membawa pelbagai maksud dan cerita bergantung kepada kepakaran dan kefahaman tafsiran keadaan oleh jurugambar itu sendiri.
Sebagai contoh, photojournalist yang ditugaskan di tempat berlakunya perang boleh mengambil gambar yang menunjukkan realiti medan perang yang sebenar. Ia mampu membawa kesan positif kepada masyarakat dengan menampilkan kesan buruk akibat meletusnya perang. Kesannya, masyarakat akan lebih menghargai keamanan yang mereka kecapi dan boleh juga dijadikan satu medium untuk mengutip sumbangan untuk mangsa perang.
Idea kelima: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang photographer
5. Jurugambar hidupan liar/ Wildlife photographer
Kena dengan gelarannya, kerjaya sebagai seorang wildlife photographer memerlukan jurugambar sentiasa keluar masuk hutan demi menangkap gambar haiwan-haiwan liar di habitat asal mereka. Bekerja dengan haiwan-haiwan liar yang yang tidak dilatih amat merbahaya. Namun, gambar-gambar sebenar haiwan liar yang masih berada di habitat sebenar mereka amat tinggi nilainya dan mempunyai peminat yang tersendiri. Sebagai contoh, majalah National Geographic yang terkenal dengan kandungannya yang menampilkan hidupan liar masih lagi memegang gelaran sebagai majalah yang paling banyak dibaca di seluruh dunia. Jadi, kerjaya sebagai seorang wildlife photographer boleh dikatakan mampu menjana pendapatan yang stabil.
6. Jurugambar bawah air/ Underwater photographer
Gelaran ini menuntut jurugambar untuk mahir dalam menyelam dan berenang. Walaupun kerjaya sebagai underwater photographer agak berisiko, ianya perlu untuk penyelidikan saintifik. Jurugambar juga boleh menggunakan gambar untuk pertandingan di majalah fotografi yang mampu memberikan hadiah yang lumayan sekiranya terpilih sebagai seorang pemenang.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh dikongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menjadi seorang photographer atau jurugambar. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat membantu dan ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca.