Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Photographer atau Fotografi
22/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Insurans dan Takaful
29/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang digital marketing
Bidang pasaran dalam bidang pemasaran digital atau digital marketing dikatakan antara kerjaya yang mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan terkini. Seperti yang kita lihat pada era yang kian canggih ini, boleh dikatakan kesemua perniagaan beralih kepada pemasaran digital kerana ia dikatakan lebih memudahkan serta menjimatkan masa pengguna untuk membuat urusan dan sebagainya.
Berbicara tentang bidang dan kerjaya dalam digital marketing, sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa ianya adalah satu pekerjaan yang menggunakan platform digital dan teknologi untuk tujuan pemasaran dalam sesuatu perkara atau perniagaan.Dunia pasaran digital ini mampu berhubung dengan orang luar dengan hanya menggunakan jaringan internet sahaja. Berikutan dengan itu, artikel ini ditulis untuk berkongsi idea, pengetahuan dan maklumat kepada anda di luar sana berkaitan dengan bidang digital marketing ini.
Idea pertama: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang digital marketing
- SEO(Search Engine Optimization)
Jika anda berkecimpung dalam bidang digital marketing, sudah tentu perkara seperti membuat kandungan digital mengikut standard SEO sudah tidak asing lagi . Oleh itu, jika anda mempunyai kemahiran dalam perkara ini, ianya boleh dijadikan sebagai idea bisnes baru yang boleh di kembangkan lagi.
Untuk mencapai lebih ramai pengunjung untuk sesuatu platform yang disediakan oleh satu perusahaan, kandungan atau content yang dipamerkan di platform itu mestilah bersandarkan kepada SEO. Individu yang terlibat dalam bidang digital marketing merupakan pakar dalam menilai kandungan atau content yang mencapai standard SEO.
SEO ini sangat diperlukan dalam pelbagai bidang terutamanya seperti perniagaan. Antara tujuan SEO adalah untuk membuatkan kandungan yang ditulis itu mudah dicapai di pelbagai enjin pencarian atau search engine seperti google, Yahoo, Mozilla FireFox dan sebagainya apabila membuat carian.
Idea kedua: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang digital marketing
2. Konsultansi
Semua jenis perniagaan atau perusahaan memerlukan satu kumpulan khas untuk memasarkan atau mempromosikan perniagaan mereka. Seorang yang berpengetahuan dalam bidang digital amrketing amatlah dituntut khidmatnya dek kerana perkembangan teknologi dan jaringan tanpa wayar yang semakin meluas penggunaannya. Suka atau tidak, mana-mana perniagaan perlulah sentiasa meningkatkan strategi mereka untuk pemasaran digital supaya terus kekal relevan dan mampu bersaing dalam dunia perniagaan.
Namun begitu, kos yang perlu dibayar untuk khidmat in-house digital marketer bukanlah murah. Seorang digital marketer yang bergerak secara freelance pula boleh dibincangkan kembali harga perkhidmatannya mengikut servis atau pakej yang diberi kepada mana-mana perniagaan. Perniagaan yang baru hendak menapak juga mampu untuk melantik seorang freelance, asalkan ianya setimpal dengan usaha dan hasil pendapatan. Jadi, dengan menawarkan khidmat untuk konsultansi kepada mana-mana perusahaan yang memerlukan, ia mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Idea ketiga: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang digital marketing
3. Membina laman web
Website atau laman web merupakan perkara yang penting dan wajib ada bagi memperkenalkan sesebuah perniagaan. Seorang digital marketer boleh menawarkan khidmat untuk membina laman web untuk perusahaan yang ingin menggunakan platform tersebut sebagai medium dalam menjual dan mempromosikan perniagaan yang dijalankan oleh mereka. Laman web juga sesuai untuk mana-mana syarikat yang menawarkan servis perkhidmatan untuk membina jenama atau branding mereka sendiri.
Laman web sesebuah organisasi juga boleh dijadikan kayu ukuran untuk mengukur kedibilitinya. Cuma pembaca bayangkan sebagai seorang pengunjung sebuah laman web yang tidak kemas dan teratur, apa yang bermain di fikiran anda? Sudah tetulah kredibiliti syarikat pemilik laman web itu tercalar kerana perkara negatif yang ditonjolkan di laman web yang menjadi wakil kepada syarikat itu.
Idea keempat: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang digital marketing
4. Menguruskan media sosial
Dalam era teknologi kini, media merupakan perkara yang wajib ada untuk mana-mana perniagaan yang ingin meluaskan pasaran dan memajukan perniagaan mereka. Ini kerana, pengguna media sosial semakin bertambah pada setiap hari dan menjadi satu platform untuk mempromosikan perniagaan dengan berkesan. Pengalaman penulis, apabila mahu membeli barang ataupun makanan, penulis lebih gemar ke media sosial Facebook untuk mencari penjual barang yang dihajati. Ini menunjukkan bahawa media sosial telah menjadi satu platform untuk berniaga den diyakini oleh penggunanya.
Promosi atau pengiklanan di media sosial juga tidak memerlukan kos yang tinggi tetapi merupakan salah satu medan yang sangat efektif . Justeru itu, sebagai seorang digital marketer yang arif dalam teknologi digital, anda boleh menjadikan peluang tersebut sebagai perniagaan lain seperti servis menguruskan sosial media.
Perkembangan media sosial yang pantas dan lebih ramai pengguna membuatkan khidmat seorang digital marketer amat diperlukan untuk sesebuah perniagaan.
Idea kelima: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang digital marketing
5. Influencer media sosial
Sebut sahaja istilah influencer, sudah tentu anda semua membayangkan seorang yang terkenal dan berpengaruh. Seorang influencer merupakan figura yang penting dalam platform media sosial. Mereka mempunyai pengikut mereka sendiri yang yakin dan percaya dengan apa yang dipromosikan oleh seorang influencer. Dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sebagai digital marketer, bina nama atau personal branding di mana-mana platform media sosial.
Walaupun ianya merupakan satu proses yang lama dan menuntut komitmen serta usaha yang berpanjangan, ianya sangat berbaloi untuk dijadikan sebagai satu sumber pendapatan. Buktinya, sudah ramai influencer yang menajdi jutawan hasil daripada penawaran khidmat untuk mempromosikan barang di media sosial. Ia telah menjadi satu pekerjaan yang rasmi dan diiktiraf oleh jenama-jenama besar dunia. Wujudnya istilah paid partnership yang menjadi bukti kolaborasi antara influencer dan mana-mana jenama yang menggunakan khidmatnya.
Idea keenam : Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang digital marketing
6. Kursus
Antara idea perniagaan yang boleh dilakukan apabila menceburi bidang digital marketing yang seterusnya adalah dengan membuat kelas mengajar secara online atau offline. Sebagai contoh, seorang digital marketer boleh membuat kelas dengan mengajar perkara yang berkaitan digital marketing kepada mereka berminat atau yang masih baru menceburi dalam bidang tersebut.
Pengetahuan dan kemahiran yang ada pada seorang digital marketer boleh ditukarkan menjadi sebuah modul dan menganjurkan kursus berbayar untuk usahawan yang beraspirasi untuk membuat content digital marketing mereka sendiri.
Dengan ini, ia bukan sahaja dapat memberi pendapatan yang lumayan kepada anda malahan dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang ramai berkenaan tentang digital marketing.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh dikongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menceburi bidang digital marketing. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca pada masa akan datang.