Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Printing atau Percetakan
15/04/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Photographer atau Fotografi
22/04/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang akauntan atau perakaunan
Untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai akauntan yang bertauliah, anda perlu mendapatkan pembelajaran formal yang mengikut sistem pendidikan di Malaysia. Seorang akauntan yang bertauliah serta mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan, layak untuk bekerja dalam pelbagai cabang di bawah bidang perakaunan seperti pengauditan, percukaian, pengurusan kewangan dan lain-lain lagi.
Bidang perakaunan pada era dunia yang berteraskan perniagaan ini terus mendapat permintaan yang tinggi dan masih relevan untuk dijadikan sebagai satu karier yang boleh menjana pendapatan.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi tentang perniagaan yang boleh diteroka oleh individu yang berkemahiran dan berpengetahuan sebagai seorang akauntan.
Idea pertama: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang akauntan
- Perakaunan Pengurusan/ Management accounting service
Sebagai seorang akauntan bertauliah yang diberi tanggungjawab atau digajikan oleh mana-mana syarikat, jawatan ini memerlukan penjawatnya untuk menguruskan maklumat kewangan syarikat itu.
Antara tugas itu termasuklah melaksanakan audit kewangan, membuat laporan ramalan keuntungan syarikat, membuat pemantauan perbelanjaan kewangan dan prestasi syarikat, mengira cukai yang perlu dibayar oleh syarikat dan membuat pembayaran di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain itu, seorang akauntan juga perlu mempunyai kemahiran dan cekap menjalankan tugas sebagai juruaudit, juru perunding, penolong akaun, kerani akaun.
Akauntan juga akan mengesahkan pembayaran gaji pekerja dan bayaran-bayaran lain kepada pihak ketiga yang berurusan dengan syarikat. Secara amnya, perakaunan pengurusan merujuk kepada hal-hal dan maklumat sesebuah syarikat atau perusahaan yang tidak didedahkan kepada umum.
Perakaunan pengurusan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kestabilan status dan kejayaan sesebuah syarikat. Ia juga mampu menjadi satu cabang perniagaan berbentuk penyediaan perkhidmatan untuk individu yang bertauliah dalam bidang perakaunan.
Idea kedua: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang akauntan
2. Akauntan percukaian/ tax accountancy service
Seorang akauntan yang memilih untuk fokus kepada cabang perakaunan percukaian perlu memahami dengan lebih mendalam mengenai ekonomi negara dan kod-kod cukai. Seorang akauntan percukaian boleh berkhidmat kepada mana-mana perniagaan atau perusahaan ataupun sektor peribadi yang menuntut serta memerlukan khidmat mereka.
Tugas individu yang berkhidmat sebagai seorang akauntan percukaian menuntut kepakaran mereka untuk menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai yang perlu ditanggung atau dibayar oleh sesebuah perusahaan mahupun individu. Akauntan percukaian juga bertanggungjawab untuk menyediakan cukai pendapatan mengikut sektor klien yang diwakili mereka.
Idea ketiga: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang akauntan
3. Menyediakan rekod kewangan untuk perniagaan/ Prepare financial records for business
Perkhidmatan menyediakan rekod kewangan untuk perniagaan ini termasuk di bawah cabang perakaunan kewangan. Ia merupakan satu cabang perakaunan yang menyediakan maklumat kepada pengguna luar dengan mematuhi prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum [Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board)].
Perakaunan kewangan menggabungkan beberapa proses yang terlibat dalam konsep perakaunan termasuklah merekod segala proses kewangan operasi sesebuah perniagaan dan menyediakan ringkasan kewangan untuk laporan mingguan, bulanan atau tahunan. Kebanyakan perniagaan yang berskala kecil dan sederhana tidak mempunyai satu unit khas untuk merekod kewangan syarikat.
Seorang akauntan bertauliah boleh menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan rekod kewangan yang teratur dan menepati konsep perakaunan yang sebenar.
Idea keempat: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang akauntan
4. Membuat dan menjual perisian untuk perakaunan/ Make and sell accounting software
Dek kerana kos untuk menggajikan seorang akauntan bertauliah agak mahal, banyak perniagaan atau perusahaan yang mencuba untuk merekod dan menguruskan sendiri rekod kewangan perniagaan mereka. Namun, menguruskan rekod kewangan atau akaun kewangan untuk perniagaan bukanlah satu tugas yang mudah.
Untuk menjimatkan kos menggaji seorang akauntan bertauliah, banyak perniagaan yang mencari perisian atau aplikasi untuk menguruskan kewangan mereka. Aplikasi ini mestilah mengikut sistem perakaunan yang sebenar dan betul. Untuk menggunakan perisian umum seperti Microsoft Excel, ianya tidak sesuai untuk digunakan sebagai satu rekod dan sistem kewangan yang betul.
Jadi, untuk akauntan bertauliah yang sememangnya berpengetahuan dalam sistem perakaunan yang betul, mereka mempunyai kebolehan untuk mereka satu perisian. Dengan sedikit idea yang kreatif dan inovasi, perisian yang dibangunkan boleh dijual untuk perusahaan dan perniagaan yang membuat sendiri rekod kewangan mereka.
Idea kelima: Perniagaan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan seorang akauntan
5. Penasihat kewangan/ Financial advisor
Penasihat kewangan adalah individu yang bertanggungjawab untuk membantu klien atau pelanggan mereka membuat perancangan kewangan berdasarkan situasi ekonomi atau keadaan semasa. Kerjaya ini memerlukan satu kelulusan yang berkaitan seperti graduan dalam jurusan perakaunan.
Kebanyakan firma perkhidmatan kewangan menyediakan latihan untuk membimbing dan melengkapkan graduan perakaunan yang berminat untuk menjadi seorang penasihat kewangan. Namun, terdapat banyak lagi proses untuk melayakkan seseorang itu menjadi seorang penasihat kewangan.
Kesesuaian pengetahuan dan kemahiran mengikut industri perusahaan yang dinasihati atau diwakili amat diperlukan untuk menjamin kewangannya. Ini kerana, setiap industri mempunyai sistem percukaian yang berbeza. Kebolehan seorang penasihat kewangan diperlukan untuk memastikan cukai yang dibayar mengikut prosedur yang betul.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh dikongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menceburi bidang perakaunan atau pembaca yang telah ditauliahkan sebagai seorang akauntan. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca.