Peluang Pekerjaan Di Kuala Terengganu Sebagai Digital Marketing atau Digital Marketer: Perkongsian Tenant TD1303
29/03/2021Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu Dalam Bidang Graphic Designer atau Rekaan Grafik
05/04/2021Perkongsian Pengalaman Peluang pekerjaan di Kuala Terengganu sebagai Agen Insurans dan Takaful daripada Tenant TD 1303.
Ahmad Izzuddin adalah Founder kepada Fulus Management yang merupakan sebuah syarikat takaful dan insurans di Kuala Terengganu.
- Perkongsian Pertama: Cara hendak memulakan kerjaya sebagai agen takaful dan insurans di Kuala Terengganu.
Berdasarkan perkongsian daripada Izzuddin, cara yang pertama adalah dengan mencari agensi yang menawarkan pekerjaan sebagai agen takaful dan insurans di Kuala Terengganu seperti agensi takaful dan insuran Prudential Ikhlas, AIA atau Great Eastern.
Sebelum layak menjadi seorang agen insurans dan takaful, anda mestilah mengambil dua jenis peperiksaan iaitu Takaful Basic Exam dan Pre Contract Exam. Kedua-dua peperiksaan ini dikendalikan oleh agensi di bawah Bank Negara. Setelah lulus kedua-dua peperiksaan ini, anda baru dibolehkan untuk meneruskan kerjaya sebagai syarikat insurans.
2. Perkongsian Kedua: Cara membuat pendapatan dengan menjadi agen insurans dan takaful di Kuala Terengganu.
Pada hemat pengasas Fulus Management ini, pasaran untuk menjadi agen takaful dan insurans di Kuala Terengganu sangat luas. Hal ini kerana hanya terdapat sebilangan atau dianggarkan sekitar 2 daripada 10 orang sahaja yang mengambil insurans berbanding di negeri lain seperti Kuala Lumpur atau Selangor. Di kedua kawasan ini, boleh dikatakan hampir kesemuanya sudah mempunyai insurans dan takaful.
Pasaran untuk bidang insurans dan takaful ini juga semakin mendapat perhatian masyarakat lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19 ini. Pada pendapat penulis, ini merupakan salah satu peluang keemasan kepada sesiapa yang ingin mencuba nasib dalam bidang ini. Orang ramai sudah menyedari kepentingan insurans dan takaful khususnya dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga.
3. Perkongsian Ketiga : Cabaran yang biasa dihadapi apabila menjadi seorang agen insurans dan takaful di Kuala Terengganu.
Izzuddin turut berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menjadi agen insurans di Kuala Terengganu berdasarkan pengalaman beliau. Di Kuala Terengganu, masih ramai yang tidak mengetahui tentang fungsi sebenar insurans dan takaful itu sendiri. Selain itu, masih ramai lagi yang tidak mengetahui perbezaan antara insurans Konvensional dan takaful Syariah.
Yang mengejutkan, masih ada persepsi dan tohmahan tidak berasas yang menganggap bahawa insurans dan takaful ini adalah satu skim penipuan. Oleh itu, agen insurans khususnya perlu memahami dengan lebih mendalam untuk memperbaiki persepsi orang ramai terhadap insurans dan takaful bahawa ia bukanlah satu penipuan malah satu perkara yang patut diberi perhatian oleh ramai pihak .
4. Perkongsian Keempat : Apakah kesilapan yang perlu dielakkan apabila menjadi agen insurans dan takaful?
Sebagai seorang agen insurans dan takaful yang berpengalaman selama lapan tahun, Izzuddin menasihatkan agen-agen yang lain agar tidak terlalu berlebihan dengan sesuatu perkara yang tidak pasti dan mengelirukan. Sebagai contoh, fungsi insurans adalah untuk melindungi dan bukanlah untuk tujuan pelaburan.
Walaupun dalam takaful ada yang mempunyai pelaburan tetapi fungsinya tidak sama dengan pelaburan seperti Unitrust atau dalam saham yang lain. Dalam insuran ini, ia berfungsi untuk membolehkan polisi insurans itu bertahan lama dan tidak semua perkara juga dilindungi oleh insurans.
5. Perkongsian Kelima : Tips yang boleh dikongsikan untuk menjadi seorang agen insurans dan takaful yang berjaya di Kuala Terengganu.
Antara tips yang boleh dikongsikan oleh Izzuddin, untuk menjadi agen insurans yang berjaya adalah dengan menjaga kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan. Contohnya apabila pelanggan ingin menuntut insurans yang dibeli telah sebelum ini, agen insurans mestilah bertanggungjawab akan tugas yang harus dijalankan sebagai sorang agen.
Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan insurans dan takaful tersebut hilang kepercayaan kepada agen berkenaan. Ia juga akan memberi imej dan kesan yang buruk kepada syarikat agen insurans dan takaful berkenaan.
6. Perkongsian Keenam : Kongsikan pengalaman paling manis dan pahit sebagai seorang agen insurans dan takaful di Kuala Terengganu
Salah satu pengalaman paling pahit yang pernah dihadapi ketika menjadi agen insurans dan takaful adalah berlaku ketika Izzuddin baru menjadi agen dalam bidang ini. Cerita beliau lagi, 8 tahun lepas, beliau terpaksa ke rumah klien pada waktu malam untuk menerangkan tentang insurans sehingga lewat malam, Tapi malangnya, saya telah dihalau oleh suami pelanggan berkenaan.
Untuk pengalaman paling manis yang saya pernah dialami Izzuddin sepanjang bergelar seorang agen insurans dan takaful ini adalah apabila mendapat ganjaran setelah berkerja keras. Beliau mendapat peluang untuk melawat ke beberapa tempat seperti Bandung dan Jakarta di Indonesia yang ditanggung oleh syarikat. Selain itu, syarikat juga memberikan ganjaran lain dalam bentuk lain seperti gajet kepada beliau.
7. Perkongsian Ketujuh : Nasihat yang boleh dikongsikan kepada mereka yang berminat menjadi agen insurans dan takaful di Kuala Terengganu.
Izzuddin menyarankan mereka yang berminat untuk berjumpa dengan beliau di TD 1303 atau boleh melayari dan mendaftar di myhibah.com. Di situ, bakal agen akan diterangkan panduan untuk lulus peperiksaan Takaful Basic Exam dan Pre Contract Exam. Seterusnya pihak syarikat Izzuddin akan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang agen insurans takaful yang cemerlang serta cara melayan pelanggan yang ingin membeli insuran dan takaful ini dengan baik.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Ahmad Izzuddin, usahawan tempatan yang memiliki perusahaan dalam bidang insurans dan takaful, Fulus Management. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Baca juga artikel-artikel kami yang lain berkenaan bidang-bidang lain yang dikongsikan oleh Tenant TD1303.