VIDEO MAKING & EDITING
17/05/20223 PERNIAGAAN YANG MUDAH & TRENDING
19/05/2022TD1303 menawarkan pelbagai kelas yang dapat membantu komuniti terutama usahawan dalam mendigitalkan perniagaan mereka. Matlamat TD1303 adalah untuk membantu syarikat pemula (start up) dan usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan supaya mereka mahir dalam penggunaan teknologi atau sekurang-kurangnya memaksimakan penggunaan digital dalam perniagaan mereka. TD1303 mempunyai tenaga pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing dan mereka juga mempunyai tauliah untuk mengajar para peserta yang menyertai kelas-kelas tersebut. Terdapat pelbagai kelas atau program yang ditawarkan di TD1303 seperti:
- Kelas Canva Basic dan Pro
Kelas Canva Basic dan Pro ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan dalam menghasilkan rekaan grafik menggunakan Canva. Ini kerana Canva merupakan software yang sangat mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran rekaan grafik yang mendalam untuk mencipta rekaan. Ia dapat membantu memudahkan kerja-kerja untuk menghasilkan poster, logo, bisnes kad, video dan sebagainya.
Tenaga pengajar untuk Kelas Canva TD1303 ini ialah Encik El Gamillo yang merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang seni reka dan teknologi termasuk Canva, Microsoft dan Apple Teacher. Beliau merupakan pemenang #CikguJuaraDigital 2021 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Terdapat tiga jenis pakej Kelas Canva yang ditawarkan di TD1303 iaitu Kelas Canva Basic, Canva Pro, dan Canva Combo (Basic dan Pro). Hanya peserta yang menyertai kelas Canva Pro berpeluang untuk menggunakan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan di dalam akaun Canva Pro dan ia dapat diakses oleh peserta secara percuma seumur hidup. Dengan Canva Pro, peserta dapat menggunakan semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh Canva. Antara modul pembelajaran yang bakal diajar semasa kelas Canva adalah:
- Pengenalan kepada Canva
- Tips dan trick Canva
- Tips pemilihan warna yang sesuai
- Mencipta kad bisnes
- Pendaftaran akaun Canva Pro
- Mencipta poster dengan design yang menarik
- Edit video dengan menggunakan Canva
Di akhir pembelajaran, peserta akan dapat menggunakan Canva secara menyeluruh dan memaksimakan penggunaan ciri-ciri yang ada dalam software Canva ini. Para usahawan tidak perlu lagi mengupah pereka grafik untuk mencipta rekaan yang diperlukan oleh perniagaan mereka kerana hanya dengan menggunakan Canva, pelbagai poster, dan logo dapat disiapkan dalam waktu yang singkat dan ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan dalam perniagaan.
- Kelas Seni Reka Grafik
Kelas Seni Reka Grafik dijalankan bagi memberi pengetahuan asas berkaitan reka bentuk grafik. Dengan ilmu dalam bidang reka bentuk grafik, masyarakat terutamanya para usahawan dapat menambah kemahiran baru dalam diri mereka. Kemahiran seni reka grafik merupakan kemahiran yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerana setiap perniagaan memerlukan individu yang mahir dalam seni reka grafik.
Kelas Seni Reka Grafik ini disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang mahir dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini. Beliau ialah Encik Hj Tolahah bin Muda yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di TD1303 dan beliau mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri kreatif termasuk reka bentuk grafik dan fotografi. Pembelajaran disampaikan dengan relaks dan santai dapat membantu para peserta untuk lebih fokus semasa di dalam kelas.
Modul pembelajaran yang ditawarkan dalam kelas ini termasuk:
- Pengenalan kepada Seni Reka Grafik
- Asas Seni Lukis serta Seni Reka
- Psikologi Gestalt dan formula A.I.D.A
- Layout, logo, hiraki, dan mockup
- Copywriting, Branding, dan Mobilegraphy
Di akhir kelas ini, peserta akan dapat menguasai ilmu-ilmu asas kepada seni reka grafik dan dapat mengaplikasikan ilmu yang diterima dalam menjalankan perniagaan atau kehidupan seharian. Dengan ilmu ini, peserta mengetahui tentang ciri-ciri logo yang perlu dihasilkan sesuai mengikut keadaan sama ada untuk imej korporat atau imej casual. Diharapkan dengan ilmu yang dikongsikan di dalam kelas ini dapat membantu para usahawan dan komuniti yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri seni reka grafik dan mendapat manfaat daripada bidang ini.