APA ITU CO-WORKING SPACE?
27/04/2022VIDEO MAKING & EDITING
17/05/2022Ruang Kerja Bebas (Hot Desk)
Terdapat beberapa jenis ruang kerja yang ditawarkan di TD1303. Antaranya adalah ruang kerja bebas. Ruang kerja bebas merupakan sejenis ruang kerja yang boleh digunakan oleh para pengguna secara bebas dan fleksibel. Ruang kerja bebas direka sepenuhnya secara terbuka bagi memberi keselesaan kepada pengguna untuk bekerja dengan lebih santai.
Pengguna tidak terikat dan bebas untuk menyewa ruang kerja bebas mengikut waktu dan keselesaan mereka. Para pengguna bebas untuk melakukan kerja di meja, ruang santai, atau sofa yang disediakan mengikut kemudahan dan keselesaan pengguna. Ruang kerja bebas memberikan suasana kerja yang lebih kondusif kepada para pengguna bagi melakukan kerja seharian dan dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti para pengguna. Ruang kerja bebas menjadi pilihan ramai di masa kini kerana dapat mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat. Kadar sewaan ruang kerja bebas adalah mengikut jam atau bulanan.
Ruang Kerja Tetap (Fixed Desk)
Ruang kerja tetap adalah ruang kerja yang disewa secara tetap pada setiap bulan dan ia memberikan suasana kerja seperti di dalam pejabat. Ruang kerja tetap bermaksud satu ruang yang telah disewa dan penyewa boleh menggunakan ruang tersebut sepenuhnya tanpa perlu berkongsi meja tersebut.
Penyewa boleh menggunakan ruang kerja tetap dengan meletakkan komputer dan barangan peribadi yang lain kerana kad akses diperlukan untuk masuk ke ruang kerja tetap. Oleh itu, para penyewa tidak perlu risau akan keselamatan barangan peribadi yang ditinggalkan di ruang kerja tetap kerana hanya individu yang mempunyai kad akses dapat masuk ke ruang kerja tetap.
Ruang kerja tetap dilengkapi dengan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk para penyewa. Ia juga dilengkapi pendingin hawa dan Internet berkelajuan tinggi yang akan membantu memudahkan kerja-kerja kerana para penyewa memerlukan capaian Internet yang baik untuk melakukan tuga-tugas harian.
Ruang Kerja Peribadi (Private Room)
Ruang kerja peribadi adalah satu ruang kerja yang digunakan oleh syarikat pemula (start up) tanpa perlu berkongsi ruang kerja dengan penyewa-penyewa yang lain. Ruang kerja peribadi bermaksud penyewa boleh menyewa sebuah bilik dan menggunakan ruang itu sepenuhnya untuk kegunaan mereka. Ruang kerja peribadi disewa secara bulanan atau tahunan dengan melibatkan perjanjian kontrak yang ditandatangani dengan syarat tetap.
Ia hanya boleh diakses oleh penyewa kerana ia memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam ruang kerja peribadi. Ia amat sesuai untuk penyewa yang mempunyai kumpulan mereka sendiri dan inginkan privasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Ruang kerja peribadi dilengkapi dengan lima buah meja serta pendingin hawa yang memberi keselesaan kepada para penyewa.