APPS PROFESSIONAL UNTUK JOB SEEKER
22/06/2022APPS UNTUK GRAPHIC DESIGNER
27/06/20221) Talk Space
TD1303 menawarkan servis sewaan ruang yang boleh dijadikan tempat penyewaan bagi syarikat atau pelanggan yang berminat untuk menganjurkan seminar atau bengkel. Ruang yang digelar sebagai talk space ini amat sesuai untuk menjadikan tempat penganjuran majlis-majlis yang mempunyai kapasiti yang ramai seperti program seminar, mesyuarat tahunan persatuan, program motivasi, program perkongsian usahawan dan sebagainya. TD1303 mempunyai tiga ruang talk space yang boleh memuatkan 120 orang pada satu-satu masa. Susunan kerusi dan meja di dalam talk space boleh diubah mengikut kesesuaian program yang akan dianjurkan. Contohnya, talk space boleh disusun mengikut susunan boardroom, theater atau classroom.
Sama seperti digital lab, talk space juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan melancarkan proses perjalanan program. Talk space dilengkapi pendingin hawa yang memberi keselesaan kepada para peserta yang menyertai seminar atau kursus yang dianjurkan. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain yang disediakan di dalam talk space seperti peralatan siaraya seperti mikrofon tanpa wayar, flipchart, projektor, pembesar suara, dan internet berkelajuan tinggi.
2) Event space
Selain itu, terdapat juga sebuah ruangan lain yang sesuai untuk penyewa yang ingin menganjurkan program-program besar yang digelar sebagai event space. Terletak di tingkat bawah bangunan TD1303, event space adalah sebuah ruangan terbuka yang sesuai bagi penyewa yang ingin menganjurkan seminar, program motivasi, majlis pelancaran, program perkongsian, jamuan syarikat, dan sebagainya. Ruangan ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa yang akan memberi keselesaan kepada penyewa dan tetamu yang hadir ke majlis yang dianjurkan.
Tambahan lagi, event space ini juga didatangi dengan sebuah pentas sederhana besar untuk kemudahan penyewa yang memerlukannya semasa program berjalan. Pihak TD1303 juga menyediakan 4 unit sofa kulit yang telah termasuk dalam pakej sewaan event space ini. Oleh itu, penyewa tidak akan dikenakan caj tambahan jika ingin menggunakan sofa tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat fasiliti lain yang disediakan di event space ini iaitu sebuah papan tanda sederhana besar yang boleh digunakan untuk menggantung banner atau kain rentang bagi menandakan sesebuah majlis akan dijalankan di event space ini.