PERSONAL BRANDING UNTUK KERJAYA
08/06/2022FASILITI TD1303 (PART 2)
23/06/2022LinkedIn merupakan sebuah platform rangkaian sosial yang digunakan untuk tujuan profesional. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti media sosial yang lain. Contohnya, Instagram dan Facebook di mana pengguna boleh berkongsi posting di platform LinkedIn. Kebiasaanya, pengguna akan berkongsi tentang tips-tips kerjaya dan temu duga, paparan peluang pekerjaan di syarikat, aktiviti yang dijalankan di syarikat, pencapaian sepanjang bekerja dengan sesebuah syarikat dan lain-lain.
Namun, ia lebih kepada untuk tujuan profesional kerana para pengguna boleh menggunakan LinkedIn untuk mencari kerja, latihan industri, mengembangkan rangkaian profesional serta belajar kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Di LinkedIn, anda perlu menambah rangkaian atau connection dan caranya adalah sama seperti anda membuat permintaan di Facebook. Oleh itu, LinkedIn adalah satu platform yang sangat mudah untuk digunakan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan media sosial yang lain. Tambahan lagi, LinkedIn adalah satu platform yang boleh dijadikan untuk anda menceritakan hal peribadi anda. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda sentiasa mengambil berat tentang cara persembahan profil anda di LinkedIn seperti gaya penulisan dan karakter anda.
CARA MEMBINA PROFIL LINKEDIN
1) Gunakan gambar yang profesional
Pada zaman moden ini, telefon pintar sudah semakin canggih dan mempunyai resolusi yang tinggi bagi memastikan gambar yang terhasil adalah jelas walaupun anda hanya menggunakan telefon pintar dan tidak mengupah jurugambar untuk mendapatkan hasil yang baik. Gambar yang dijadikan gambar profil LinkedIn anda mestilah gambar yang profesional dan kelihatan mesra. Gambar mestilah formal dan elakkan menggunakan gambar yang memerlukan anda untuk crop gambar orang lain kerana ia akan kelihatan tidak formal dan gambar akan menjadi kabur. Jika anda ingin menangkap gambar yang baru, anda boleh mengambil gambar dengan latar belakang dinding kosong dan pastikan juga tempat itu mempunyai pencahayaan yang baik seperti di tepi tingkap yang mendapat sinar cahaya matahari.
2) Tambahkan Cover Photo di LinkedIn
Anda boleh menambahkan cover photo di bahagian header. Gunakan ruangan itu untuk menggambarkan diri anda. Ini kerana cover photo adalah perkara pertama yang orang lain akan lihat apabila mereka klik pada profil anda untuk mengetahui maklumat yang lebih berkaitan dengan diri anda. Oleh itu, gunakan cover photo yang boleh menarik minat orang lain untuk terus meninjau profil LinkedIn anda. Pada bahagian ini, kebiasaannya, pengguna LinkedIn akan menggunakan gambar yang bermakna para diri mereka. Contohnya, gambar pemandangan yang digemari atau quotes yang bermakna pada diri seseorang.
3) Hasilkan Headline yang menarik
Anda boleh memanfaatkan ruangan headline ini dengan menyatakan siapa diri anda dengan lebih spesifik. Jangan hanya nyatakan nama pekerjaan anda sahaja. Semakin spesifik anda menulis, anda akan dapat menarik minat bakal majikan untuk klik profil anda kerana anda mempunyai headline yang berbeza daripada rakan-rakan pesaing yang lain.
4) Letakkan pengalaman bekerja, latar belakang pendidikan, dan aktiviti sukarelawan yang terlibat
Anda perlu meletakkan pengalaman bekerja, latar belakang pendidikan dan sebagainya di dalam profil LinkedIn anda supaya bakal majikan dapat mengetahui sama ada anda mempunyai ciri-ciri calon pekerja yang dicari. Jadikan LinkedIn ini sebagai online resume di mana semua maklumat yang terdapat dalam resume anda juga ada di dalam profil LinkedIn. Jika anda tidak mempunyai pengalaman bekerja atau anda seorang graduan universiti, anda boleh senaraikan subjek-subjek penting yang anda rasa sesuai dengan bidang yang hendak anda ceburi. Pastikan juga anda huraikan tentang subjek tersebut dan nilai apa yang anda dapat daripada subjek tersebut.
5) Letakkan pencapaian yang telah diterima
Ceritakan pencapaian yang telah anda terima dengan teliti selain daripada menyenaraikan sahaja tugasan yang anda lakukan sepanjang anda bekerja. Dengan cara ini, anda akan dapat menarik minat para perekrut untuk menjadikan anda salah seorang daripada calon yang mereka cari. Setiap point bukan sahaja tentang apa yang anda lakukan di tempat kerja lama, tetapi anda juga perlu menghuraikan cara anda melakukan sesuatu tugas, hasil tugasan tersebut serta impak tugasan tersebut kepada kumpulan dan juga syarikat.