JENIS-JENIS RUANG KERJA
17/05/2022KELAS SENI REKA TD1303
18/05/2022Kemahiran dalam video editing merupakan kemahiran yang sangat penting dalam zaman moden ini kerana penonton hari ini lebih gemar untuk menonton video-video pendek yang menarik. Pelbagai info boleh diterjemahkan melalui video dan dapat menarik lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah video.
Penonton pada hari ini terutamanya golongan muda kurang gemar lagi untuk membaca artikel-artikel atau caption yang panjang di posting. Oleh itu, video telah menjadi medium yang lebih berkesan untuk menyampaikan info-info kepada para penonton.
TIPS “VIDEO MAKING”
1) Set a plan
Rancang video yang anda ingin hasilkan. Anda perlu tahu siapa sasaran penonton, tajuk, dan isi kandungan supaya info-info yang hendak anda sampaikan dapat diterima oleh bakal penonton.
2) Lighting
Pencahayaan yang baik sangat membantu untuk menarik minat para penonton. Pencahayaan yang kurang jelas dan terang akan menyebabkan penonton kurang berminat menonton video anda.
3) Audio quality
Suara yang jelas. Pastikan penonton dapat mendengar suara anda dengan jelas supaya penonton akan tertarik terus menonton video anda. Suara yang jelas membantu supaya penonton tidak perlu bersusah payah menumpukan sepenuh perhatian kepada video anda.
REKOMENDASI APLIKASI “VIDEO EDITING”
Terdapat pelbagai jenis aplikasi video editing yang akan dapat membantu anda dalam menyampaikan maklumat kepada bakal penonton.
Inshot – merupakan antara aplikasi video editing yang user friendly kepada penggunanya. Semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh Inshot adalah ringkas dan mudah untuk digunakan. Inshot juga merupakan aplikasi yang ditawarkan secara percuma dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai ciri-ciri tambahan dengen menaik taraf akaun anda kepada Inshot Pro.
Antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh Inshot secara percuma iaitu:
- Untuk Instagram: Menambahkan blur dan latar belakang video
- Video editor: Trim, memotong, menggabungkan dan mengubah kecepatan video
- Muzik dan suara: Menambah mp3, mengubah video sound, menggunakan pelbagai sound effect yang menarik.
- Menambah teks dan emoji
- Menambah filter ke dalam video.
- Berkongsi video ke media sosial dengan resolusi yang tinggi.
Kelebihan:
- Rekabentuk antaramuka pengguna yang user friendly.
- Boleh dimuat turun secara percuma
- Kesemua fungsi video editing di dalam satu aplikasi
- Boleh multilayer video editing
- Boleh undo ketika edit video
Kekurangan:
- Ada watermark dan iklan untuk free version
Vllo – sejenis aplikasi yang mudah dan percuma untuk para pengguna Android dan Apple. Aplikasi Vllo adalah amat sesuai kepada individu-individu yang baharu ingin belajar menggunakan aplikasi pengeditan video atau lebih dikenali sebagai beginner. Ia sangat mudah digunakan dan ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi tersebut lebih ringkas dan minimal.
Antara ciri yang menarik iaitu pengguna boleh gunakan dengan mudah iaitu:
- Menambahkan pelbagai transition dan animation.
- Menambahkan filter dan voice over ke dalam video anda.
- Menggunakan lebih daripada 40 soundtrack untuk ditambahkan ke dalam video. Jika anda tidak tertarik untuk menggunakan soundtrack yang disediakan, anda boleh mengimport soundtrack dari telefon pintar anda dengan mudah.
- Menambahkan overlay teks.
- Menambahkan sticker, emoticon, GIF, dan gambar ke dalam video.
- Mengeksport video dengan resolusi 4K.
Vllo tidak menawarkan watermark apabila anda menggunakan aplikasi ini secara percuma. Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan watermark yang akan mengganggu video anda. Anda boleh menaik taraf ke Vllo Premium untuk mengakses lebih banyak ciri-ciri tambahan di dalam aplikasi Vllo.
Kinemaster – merupakan satu aplikasi video editing yang menjadi pilihan para Youtuber untuk memuat naik video mereka ke Youtube. Kinemaster mudah didapati kerana boleh dimuat turun di telefon pintar anda di Google Playstore dan Apple App Store. Pengguna boleh menggunakan Kinemaster Free untuk mendapatkan ciri-ciri asas dalam video editing seperti:
- Menambah overlay pada video
- Trim, memotong, menggabungkan video
- Menambah teks, filter dan emoji ke dalam video
- Memuat naik video ke media sosial dengan resolusi yang tinggi
Untuk mendapatkan ciri-ciri tambahan yang lain, anda boleh menaiktaraf akaun Kinemaster anda kepada Kinemaster Premium dengan bayaran secara bulanan atau tahunan. Selain itu, dengan Kinemaster Premium, watermark dan advertisements tidak akan ditawarkan kepada para pengguna semasa melakukan video editing.
Kelebihan:
- User Interface yang menarik
- Mempunyai pelbagai fungsi yang menarik
Kekurangan:
- Ade watermark untuk free version
- Harga untuk menaik taraf aplikasi agak sedikit mahal berbanding yang lain
Tiga aplikasi ini adalah antara aplikasi yang sangat mudah digunakan untuk individu pemula (beginner) dalam video editing. Hanya dengan menggunakan telefon pintar anda, dalam beberapa minit video yang menarik akan siap untuk tontonan bakal audien anda.