BANTUAN PERNIAGAAN DI KUALA TERENGGANU: PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) DARIPADA SME BANK
27/05/2021Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu: EVENT SPACE
07/06/2021HOTDESK : Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
Artikel ini akan menerangkan tentang kemudahan dan kelebihan yang terdapat di TD1303 yang bertapak di Kuala Terengganu.
Terengganu Digital 1303 atau lebih dikenali dengan panggilan TD1303 merupakan satu hub teknologi yang ditubuhkan pada tahun 2018. TD1303 menyediakan ruangan pejabat yang membawa konsep co-working space atau ruangan yang dikongsi bersama Tenant (penyewa) yang lain. Ia merupakan satu peluang untuk usahawan-usahawan muda yang inginkan satu ruang pejabat yang bertaraf profesional dan menyokong perkembangan dunia digital.
HOTDESK : Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
TD1303 membuka ruang dan peluang untuk mana-mana ahli masyarakat yang ingin menggunakan kemudahan yang disediakan dengan menawarkan sewaan harian di ruangan perkongsian atau co-working space. Meja-meja yang terdapat di ruangan itu digelar sebagai hotdesk dan boleh disewa oleh mereka yang berminat. Ruangan ini juga lengkap dengan penyaman udara, sama seperti kemudahan yang disediakan untuk Tenant tetap di TD1303.
Bukan itu sahaja, dengan penerapan konsep co-working space, Tenant yang menyewa di TD1303 berpeluang untuk meluaskan network mereka dengan berkenalan dengan Tenant yang lain dan terdiri daripada latar belakang diri dan perniagaan yang berbeza. Ia bersesuaian dengan tagline TD1303 yang menampilkan organisasi ini sebagai ‘Hub Digital Usahawan’. Pada hemat penulis, semua kemudahan yang tersedia di TD1303 menyokong penuh hasratnya untuk menjadi satu hub digital untuk usahawan yang melebarkan sayap perniagaan mereka ke dunia digital dan dunia atas talian.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
- Lokasi yang strategik
Dibina di lokasi yang sedang pesat membangun dan amat strategik, TD1303 mempunyai akses yang dekat untuk mana-mana kemudahan awam seperti hospital, pusat membeli-belah, hotel, pangsapuri, restoran, kedai kopi, kedai makanan segera dan warung. Ia juga terletak berdekatan pusat rekreasi Pantai Batu Buruk yang merupakan tempat bersantai yang meriah dengan gerai jualan dan pasar minggu.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
2. Tempat letak kereta/ Parking yang luas
Bersesuaian dengan konsepnya, ruang tempat letak kereta yang disediakan untuk Tenant dan pengunjung TD1303 amat luas dan banyak. Ia disediakan secara percuma dan boleh digunakan untuk mana-mana pengunjung yang berurusan di TD1303. Penyediaan ruangan tempat letak kereta ini amat memudahkan para pengunjung dan menjamin keselesaan Tenant. Sekiranya cuaca buruk atau hujan, pengunjung tidak perlu bimbang kerana laluan berbumbung juga disediakan untuk pemandu menurunkan penumpang di hadapan pintu masuk utama TD1303.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
3. Surau yang selesa
Untuk kemudahan Tenant dan pengunjung yang rata-ratanya beragama Islam, dua buah surau berasingan disediakan untuk kemudahan. Surau yang tersedia dilengkapi dengan penyaman udara, tempat berwuduk dan tandas yang lengkap demi keselesaan penggunanya. Tenant atau pengunjung wanita khususnya tidak perlu merasa bimbang akan keselamatan kerana ia juga lengkap dengan pintu yang boleh dikunci daripada dalam. Mereka juga tidak perlu merasa khuatir akan aurat mereka terdedah untuk bukan muhrim kerana suraunya yang terasing dan tertutup sepenuhnya.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
4. Gimnasium
Terletak di tingkat tiga bangunan TD1303, gimnasium merupakan satu kemudahan yang amat jarang disediakan oleh pihak pengurusan mana-mana bangunan atau pejabat. Namun, di TD1303, ianya disediakan secara percuma untuk Tenant bersenam meregangkan badan setelah seharian mengadap kerja di pejabat. Salah satu peralatan bersenam yang disediakan adalah pengisar injakan atau lebih dikenali dengan nama treadmill.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
5. Ruangan santai/ leisure space
Walaupun ruang meja kerja dan kerusi yang disediakan untuk Tenant sudah cukup selesa, ianya tidak sesuai untuk bersantai. Di TD1303, ruangan santai dengan sofa empuk disediakan untuk Tenant merehatkan minda dan badan daripada kerja yang menuntut fokus yang padu.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
6. Pantri
Kemudahan pantri turut disediakan oleh pihak pengurusan untuk memudahkan Tenant menjamu juadah ringkas yang dibawa oleh mereka. Tenant boleh menggunakan sinki dan kabinet yang ada untuk meletakkan makanan ringan sebagai kudapan sewaktu bekerja mereka. Kerusi dan meja yang kelihatan moden dan menarik serta selesa juga tersedia untuk kemudahan Tenant.
Kelebihan Dan Kemudahan Virtual Office/ Workspace di TD1303 Kuala Terengganu
7. Internet berkelajuan tinggi
Sesuai dengan namanya Terengganu Digital 1303, ruangan pejabat di TD1303 dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi yang menyokong sebarang bentuk urusan atas talian yang diusahakan oleh kebanyakan Tenant. Sepanjang pengalaman penulis berada di TD1303, semua urusan penulis yang sememangnya menggunakan internet berjalan dengan lancar dek kemudahan internet tanpa had yang disediakan di TD1303.
Banyak lagi kelebihan dan kemudahan yang dinikmati oleh pengunjung dan Tenant TD1303. Usahawan ataupun ahli masyarakat yang ingin melihat suasana kerja di TD1303 boleh mengunjungi bangunan TD1303 yang beralamat di TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu atau hubungi nombor 09-6286000. Office tour secara percuma juga ditawarkan di TD1303. Pengunjung akan dibawa melihat persekitaran bangunan TD1303 dan diterangkan tentang kelebihan dan kemudahan yang disediakan disini.
Pembaca juga boleh membaca artikel-artikel daripada TD1303 untuk mengetahui dengan lanjut tentang jenis perusahaan atau perniagaan yang dijalankan di sini.