BANTUAN PERNIAGAAN DI KUALA TERENGGANU: SKIM PEMBIAYAAN MOBILE TRUCK (SPMT) DARIPADA YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (YPU)
13/05/2021BANTUAN PERNIAGAAN DI KUALA TERENGGANU: TEMANNITA DARIPADA TEKUN NASIONAL
20/05/2021Artikel ini akan menerangkan tentang Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) yang diperkenalkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Terdapat banyak badan kerajaan atau swasta yang menyokong usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan mereka khususnya usahawan industri kecil dan sederhana. Badan-badan kerajaan atau swasta ini menawarkan beberapa bantuan atau pinjaman yang boleh dipohon oleh usahawan yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk kemajuan usahawan di Terengganu adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Antara bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu ialah Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU). Artikel ini akan menerangkan tentang lebih lanjut tentang bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
- Apa itu Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU)?
Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) adalah satu skim pembiayaan atau kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tersenarai di bawah salah satu bentuk kemudahan sokongan daripada MARA, skim pembiayaan OKU ini disediakan khas untuk para usahawan yang berkelainan upaya untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan mereka. Tujuan penawaran skim OKU ini adalah untuk membantu insan berkelainan upaya yang sentiasa berusaha untuk berdikari untuk kehidupan mereka. Skim OKU ini juga disediakan khusus untuk usahawan OKU di Terengganu yang berinisiatif untuk memaju dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
2. Syarat-syarat kelayakan memohon pembiayaan Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU).
Syarat -syarat yang dinyatakan di sini mestilah dipenuhi dan dipatuhi oleh usahawan yang berminat untuk memohon pembiayaan Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU). Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun sehingga 60 tahun. Pemohon juga mestilah berstatus Bumiputera dan memiliki kad OKU yang sah untuk memastikan skim yang dikhaskan untuk golongan berkelainan upaya ini dapat disalurkan kepada yang berhak sahaja. Usahawan juga disyaratkan untuk mempunyai pengalaman dan berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi atau diusahakan oleh mereka.
Mereka yang berminat untuk memohon Skim OKU ini juga diwajibkan untuk memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan. Perniagaan juga mestilah sudah ada atau wujud dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang sah. Selain itu, perniagaan yang diusahakan mestilah di jalankan di premis perniagaan sendiri dan mempunyai lesen atau permit atau surat kebenaran beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun begitu, sekiranya pemohon baru hendak memulakan perniagaan, permohonan untuk Skim OKU ini boleh dipertimbangkan. Syaratnya, perniagaan yang direncanakan hendaklah mempunyai potensi untuk berkembang maju. Perniagaan yang diusahakan juga mestilah satu bentuk perniagaan yang mematuhi syariah. Pemohon juga diwajibkan untuk tidak tersenarai dalam senarai hitam pihak MARA sendiri.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
3. Perincian Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU).
Bantuan perniagaan yang disediakan oleh MARA ini boleh dimohon dalam jumlah maksimum pembiayaannya RM50,000.00. Tempoh masa pembiayaan juga agak panjang, iaitu antara 1 hingga 15 tahun atau 12 bulan sehingga 180 bulan. Penulis berpendapat MARA semampunya hendak membimbing para usahawan yang berkelainan upaya ini agar dapat berjaya dalam perniagaan mereka. Dengan suntikan dana pembiayaan Skim OKU ini, perniagaan yang diusahakan boleh berkembang dan bertambah maju. Untuk melayakkan diri untuk memohon Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) tiada sebarang cagaran yang dituntut daripada pemohon untuk melayakkan mereka mendapat manfaat pembiayaan Skim OKU ini.
Lebih menarik lagi, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak mengambil sebarang faedah atau keuntungan daripada urusan pembiayaan ini.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
4. Jenis urusan perniagaan yang dibenarkan untuk menggunakan pembiayaan Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU).
Untuk memastikan skim pembiayaan ini benar-benar mencapai tujuan Skim OKU ini yakni memajukan perniagaan, pihak MARA telah menetapkan jenis pembelian yang boleh digunakan menggunakan pembiayaan ini. Yang pertama, usahawan OKU boleh menggunakan wang daripada pembiayaan ini sebagai modal pusingan untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan mereka. Yang kedua, usahawan juga dibenarkan untuk membeli mesin atau peralatan yang akan membantu memajukan lagi perniagaan atau perusahaan yang diceburi oleh usahawan menggunakan pembiayaan daripada Skim OKU ini. Selain itu, pihak YPU turut membenarkan para usahawan menggunakan wang pembiayaan ini untuk menambahbaik atau mengubahsuai premis perniagaan mereka. Keizinan daripada MARA ini mampu menjamin kelangsungan perniagaan yang diusahakan oleh usahawan.
Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu
5. Cara memohon pembiayaan Skim Orang Kelainan Upaya (Skim OKU).
Usahawan yang berminat untuk memohon skim ini perlulah mengisi borang secara atas talian terlebih dahulu di laman web rasmi MARA. Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap dan tepat butirannya. Semua dokumen yang diminta juga hendaklah dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) dalam tempoh 14 hari selepas permohonan secara atas talian.
Setakat ini sahaja perkongsian terperinci tentang bantuan perniagaan yang disediakan untuk usahawan di Kuala Terengganu. Untuk maklumat yang lebih terperinci, usahawan boleh mengunjungi laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat membantu para usahawan memajukan lagi perniagaan mereka seterusnya menambah baik ekonomi masyarakat.