Peluang Perniagaan di Kuala Terengganu dalam Bidang Digital Marketing
26/04/2021Bantuan Perniagaan di Kuala Terengganu: Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)
03/05/2021Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang insurans dan takaful
Pada masa kini, kerjaya sebagai seorang agen insurans semakin mendapat tumpuan masyarakat sebagai kerjaya utama mereka atau hanya sebagai kerjaya sampingan. Ini kerana, pada waktu pandemik Covid-19 sedang melanda ini, masyarakat kini lebih peka tentang kepentingan insurans dan takaful khususnya dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Oleh itu, ramai ahli masyarakat yang mencuba nasib untuk menceburkan diri dalam bidang insurans dan takaful ini.
Jika dibicarakan soal kerjaya dan peluang sebagai seorang agen insurans, sudah tentu ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan kerjaya agen insurans ini. Penulis pasti masih ramai yang belum mengetahui tentang jenis-jenis insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan takaful. Justeru, artikel ini ditulis bertujuan untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada masyarakat di luar sana yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerjaya agen insurans ini.
Idea Pertama: Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang insurans dan takaful
- Insurans Hayat
Insurans hayat ialah insurans yang penting yang membantu daripada segi kewangan kepada tanggungan sekiranya anda meninggal dunia. Ia akan memastikan tanggungan anda seperti ibu bapa, pasangan, anak-anak ataupun adik-beradik tidak akan terjejas kewangannya dan menyediakan sokongan kewangan selepas anda mengalami kemalangan atau meninggal dunia.
Contoh perlindungan yang ditawarkan dalam insurans hayat seperti insurans seumur hidup, insurans kesihatan dan perubatan serta insurans untuk penumpang. Jumlah pembayaran yang bakal dibayar serta kelayakan penama untuk menerima bayaran bergantung kepada jenis perlindungan dan polisi yang diambil oleh anda.
Sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang insurans dan takaful, ini adalah insurans yang biasa ditawarkan kepada pelanggan untuk memastikan kehidupan pelanggan serta keluarga mereka terjamin sekiranya ditimpa sebarang musibah.
Idea Kedua:Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang insurans dan takaful
2. Insurans Perubatan dan Kesihatan
Insurans perubatan ialah insurans yang menawarkan pelindungan daripada segi kos perubatan dan pembedahan pelanggan. Setiap insurans perubatan yang diambil berbeza daripada segi jenis kecederaan, penyakit dan rawatan bergantung kepada insurans perubatan tersebut.
Jenis insurans yang disediakan oleh insurans perubatan boleh menyeluruh, dapat menampung kos pembedahan dan rawatan penyakit, atau hanya dapat menampung kos asas, seperti kos wad dan penyakit tidak kritikal. Setiap pelanggan perlu memahami pelindungan yang ditawarkan sebelum bersetuju membeli insurans perubatan.
Insurans perubatan membantu dalam menyelesaikan kos perubatan ketika dimasukkan ke hospital dan kos rawatan jika diserang penyakit yang termasuk wad, pemeriksaan, pembedahan, ubat, rawatan susulan dan lain-lain. Oleh itu, insurans perubatan sangat penting terutama pada musim pandemik Covid-19 yang menyebabkan seseorang mendapat penyakit dan dimasukkan ke hospital.
Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam bidang insurans dan takaful, insurans ini sangat penting dan laku untuk disyorkan kepada pelanggan anda kerana insurans ini sangat penting terutama pada waktu penyebaran wabak penyakit yang berlaku sekarang.
Idea Ketiga: Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang insurans dan takaful
3. Insurans kereta
Insurans kereta ialah insurans yang menawarkan pelindungan kepada pemilik kereta yang bertujuan mengurangkan kos ketika kemalangan jalan raya. Ia juga memberi pelindungan kewangan kepada kerosakan fizikal badan kereta disebabkan oleh kemalangan jalan raya.
Manfaat insurans kereta ialah dapat membantu mengurangkan kos pembaikan kereta apabila anda terlibat dalam kemalangan serius yang mungkin menyebabkan anda menanggung kerugian yang besar. Oleh itu, dengan pembelian insurans kereta dapat membantu pelanggan untuk mengelakkan menanggung kerugian yang beribu-ribu ringgit.
Justeru, pembelian insurans kereta sangat diperlukan pada waktu sekarang lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kereta. Ini untuk menjamin masa depan kewangan anda agar tidak menanggung kos yang banyak jika terlibat dalam kemalangan.
Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam bidang insurans kereta, anda boleh sertai mana-mana syarikat insurans yang terlibat dalam urusan jual beli insurans kereta. Ini kerana peluang anda untuk mendapatkan keuntungan dan pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Idea Keempat: Peluang perniagaan di Kuala Terengganu dalam bidang insurans dan takaful
4. Insurans perjalanan
Insurans perjalanan ialah insurans yang menawarkan perlindungan diri anda daripada risiko dan kerugian kewangan yang boleh berlaku ketika anda mengembara. Insurans ini sangat penting sekiranya anda sering melakukan perjalanan ke dalam atau ke luar untuk melancong atau mempunyai urusan perniagaan. Insurans ini dapat memberi perlindungan sekiranya berlaku masalah yang membahayakan aktiviti perjalanan anda.
Kerugian yang berlaku semasa perjalanan anda tidak dapat dijangka, oleh itu insurans ini membantu dalam mengurangkan kos kerugian termasuk kos kerugian akibat kemalangan, penggantian barang yang hilang atau pembatalan perjalanan pada saat akhir. Justeru itu, pembelian insurans ini sangat penting untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah pada perjalanan anda.
Ramalan perjalanan seseorang untuk mengembara adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka, oleh itu jika anda berminat untuk menjadi seorang agen insurans dan takaful, anda boleh menawarkan kepada pelanggan anda insurans ini supaya mereka yang sering melakukan perjalanan ke dalam atau luar negara mendapat manfaat dan mengurangkan kos kerugian.
Setakat ini sahaja cadangan dan idea yang boleh di kongsikan untuk pembaca yang berminat untuk menceburi bidang insurans dan takaful atau pembaca yang telah ditauliahkan sebagai seorang agen insurans dan takaful. Diharap dengan perkongsian daripada artikel ini dapat ditukarkan menjadi ilmu dan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca.